Tuesday, May 14, 2013

Soal Jawab HAJI (Soalan 27)

BAB 4 - SYARAT-SYARAT WAJIB HAJI

Soalan 27 :

Adakah haji masih lagi dituntut ke atas anak-anak (yang telah melaksanakan haji sebelum baligh) itu kelak apabila dia baligh?

Jawapan :

Ya! Ini kerana haji ketika zaman kanak-kanak hanya bertaraf haji sunat sahaja, bukan haji wajib. Oleh itu, selepas baligh, kenalah sekali berhaji. Ini berdasarkan sabda Nabi SAW:

Maksudnya : "Mana-mana kanak-kanak yang menghajikan dengannya oleh ahlinya lalu dia (kanak-kanak) mati maka memadailah daripadanya. Maka jika dia baligh maka ke atasnya haji (fardu)" (Musnaf Ibn Abi Syaibah no. 14871)

Inilah kesimpulan Imam al-Syaukani selepas membincangkan setiap hadis. Imam Syaukani r.a. berkata maksudnya : "Maka diambil daripada himpunan hadis-hadis ini bahawa sesungguhnya sah haji kanak-kanak, dan tidak memadai baginya daripada haji Islam apabila dia baligh." (petikan kitab Nail al-Autor, juzuk 4,hlm 348)


Fakta Berkaitan BALIGH

Solat hanya diwajibkan apabila sudah baligh. Puasa pun begitu. Sebutlah mana-mana kewajipan dalam Islam, baligh mesti menjadi syarat. Maknanya selagi belum baligh, tidaklah wajib untuk menunaikan solat, puasa dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, jika dikerjakan solat, sudah tentu ada pahalanya. Kalau ditunaikan puasa, sudah tentu ada pahalanya. Begitu juga dengan haji.



Sumber : Soal Jawab remeh-temeh tentang HAJI tapi anda malu bertanya ...
(oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir).

1 comment:

Unknown said...

hukum syarak bagi seorang ibu yang tidak dapat menunaikan haji kerana meninggal dunia dan sempat mewasiatkan anaknya agar permintaannya dapat di tunaikan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...