Tuesday, May 7, 2013

Soal Jawab HAJI (Soalan 25)

BAB 4 - SYARAT-SYARAT WAJIB HAJI

Soalan 25 :

Kawan saya inin membawa anaknya yang belum baligh untuk menunaikan haji. Apakah hukumnya?

Jawapan :

Pada dasarnya, Islam tidak mewajibkan ke atas kanak-kanak yang belum baligh melaksanakan haji tetapi hajinya sah seandainya wali kanak-kanak tadi berniat ihram baginya dan menyempurnakan haji bersma-sama anaknya itu bagi pihaknya, melakukan tawaf, sa'i, wuquf di Arafah, melontar jamrah, bermalam di Muzdalifah dan Mina serta ditahalulkan.

Namun demikian, jika seseorang anak yang sudah mumaiyiz yang telah faham kaedah melaksanakan ibadah haji lalu melakukanya sendiri maka hajinya sah. Ini berlaku apabila dia berniat sendiri dengan syarat diberikan keizinan oleh bapanya atau penjaganya.
 

 
Sumber : Soal Jawab remeh-temeh tentang HAJI tapi anda malu bertanya ...
(oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...