Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2013

Soal Jawab HAJI (Soalan 31 dan 32)

BAB 4 - SYARAT-SYARAT WAJIB HAJI Soalan 31 : Apakah hukum seseorang lelaki yang pergi menunaikan haji tanpa meninggalkan sebarang bekalan untuk anak isterinya?   Jawapan : Haram seseorang suami meninggalkan keluarganya tanpa bekalan yang akan memenuhi keperluan mereka sepeninggalanbya. Nabi SAW bersabda :   Maksudnya :   " Memadailah bagi seseorang dosa jika dia mengabaikan nafkah orang dalam tanggungannya ". Kalau dia pergi haji menyebabkan anak kelaparan, tidak pergi sekolah kerana tiada duit tambang dan sebagainya, maka dia belum cukup syarat wajib haji lagi ( Dia belum berkemapuan untuk pergi haji ). Soalan 32 :   Duit banyak tetapi banyaknya daripada rasuah. Boleh pakai ke duit hasil rasuah untuk pergi haji?    Jawapan :   Hajinya sah tetapi perbuatannya haram. Renungi hadis Nabi SAW :   Maksudnya :   " Tidak seorang pun yang bekerja untuk mendapatkan harta dengan jalan haram lalu dia bersedekah padanya agar di

Soal Jawab HAJI (Soalan 28, 29 & 30)

BAB 4 - SYARAT-SYARAT WAJIB HAJI Soalan 28 : Bagaimana pula kalau kanak-kanak itu baligh ketika haji. Adakah hajinya itu menjadi haji sunat atau haji fardu? Jawapan : Mengikut pendapat mazhab Syafi'i, jika kanak-kanak itu baligh sebelum wuquf di Padang Arafah atau ketika wuquf di Arafah, maka hajinya dikira haji wajib. Jadi tidaklah wajib lagi haji kepadanya selepas itu. Soalan 29 : Pihak majikan telah memberikan tawaran pinjaman kepada saya untuk mengerjakan haji disebabkan prestasi kerja yang sangat baik. Apakah hukum berhutang dengan majikan untuk pergi haji? Jawapan : Harus hukumnya. Walau bagaimanapun, sebaik-baiknya ialah seseorang itu mengumpulkan wangnya sendiri kerana haji hanya difardukan ke atas orang yang berkemampuan. Orang yang tidak mempunyai wang yang cukup terkeluar daripada kategori yang mampu. Soalan 30 : Duit seorang lelaki sebagai suami untuk haji sudah cukup tetapi setakat seorang diri sahaja. Hendak bawa isteri tidak mampu.

PerjalananKu ke Johor Bahru 11-13 Mei 2013

1. Johor Premium Outlets Johor Premium Outlets dibuka secara rasmi pada 11 Disember 2011 adalah koleksi 80 kedai-kedai pereka dan barangan jenama yang terbaik dan menawarkan penjimatan hebat. Johor Premium Outlets terletak di persimpangan Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Link Kedua. Johor Premium Outlets mensasarkan pelbagai pembeli termasuk penduduk tempatan serta pelawat antarabangsa dari Asia Tenggara. Terdapat 77 Pusat Premium Outlet di dunia termasuk 63 di Amerika Syarikat, satu di Puerto Rico, sembilan di Jepun, dua di Korea, satu di Malaysia dan satu di Mexico. 2. Legoland Malaysia LEGOLAND Malaysia telah dibuka secara rasmi pada 15 September 2012 adalah pusat tarikan Medini Lifestyle, hub gaya hidup, hiburan dan keseronokan keluarga di Medini Iskandar Malaysia. Disini terdapat lebih daripada 40 permainan, persembahan dan tarikan yang benar-benar interaktif. LEGOLAND Malaysia mempunyai tujuh kawasan bertema tarikan untuk semua peringkat umur Sempat menonton

SENARAI PENUH KABINET 2013

  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom Datuk Seri Abdul Wahid Omar ( akan dilantik sebagai senator ) Datuk Seri Idris Jala ( Senator ) Tan Sri Joseph Kurup Datuk Seri Shahidan Kassim Nancy Shukry Datuk Joseph Entulu Belaun Datuk Paul Low Seng Kuan ( Senator ) Timbalan Menteri Datuk Razali Ibrahim P.Waythamoorthy ( akan dilantik sebagai senator ) Kementerian Kewangan Menteri I : Datuk Seri Najib Tun Razak Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Maslan Kementerian Pelajaran Menteri I: Tan Sri Muhyiddin Yassin Menteri II Datuk Seri Idris Jusoh Timbalan Menteri I: Datuk Mary Yap Timbalan Menteri II: P.Kamalanathan Kementerian Dalam Negeri Menteri: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Menteri: Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar Kementerian Komunikasi dan Multimedia Menteri: Datuk Se

KABINET BARU 2013 - Pecahan Komposisi

Kabinet baru Datuk Seri Najib Tun Razak yang diumumkan terdiri daripada mereka yang berpengalaman, teknokrat dan wakil golongan muda yang diyakini mampu meneruskan agenda transformasi nasional. Menteri dan timbalan menteri bukan dari BN Datuk Idris Jala (Sarawak, kekal) Datuk Paul Low (Presiden Transparency International-Malaysia, baru) Datuk Abdul Wahid Omar (Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, baru) P Waythamoorthy (Hindraf, timbalan menteri) Menteri yang digugurkan : ( Tidak termasuk MCA dan calon-calon yang kalah atau tidak bertanding PRU13 ) Datuk Shaziman Abu Mansor Datuk Noh Omar Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, tidak bertanding Komposisi jantina : Dua menteri wanita daripada 35 jawatan menteri dan empat timbalan menteri wanita daripada 26 timbalan menteri. Secara keseluruhan, enam wanita daripada 61 jawatan. Dalam kabinet lalu yang diumumkan pada Jun 2010, terdapat juga dua menteri wanita dan tiga timbalan menteri wanita. Malaysia Timur dan Semenanjung komposisi :

Soal Jawab HAJI (Soalan 27)

BAB 4 - SYARAT-SYARAT WAJIB HAJI Soalan 27 : Adakah haji masih lagi dituntut ke atas anak-anak (yang telah melaksanakan haji sebelum baligh) itu kelak apabila dia baligh? Jawapan : Ya! Ini kerana haji ketika zaman kanak-kanak hanya bertaraf haji sunat sahaja, bukan haji wajib. Oleh itu, selepas baligh, kenalah sekali berhaji. Ini berdasarkan sabda Nabi SAW: Maksudnya : " Mana-mana kanak-kanak yang menghajikan dengannya oleh ahlinya lalu dia (kanak-kanak) mati maka memadailah daripadanya. Maka jika dia baligh maka ke atasnya haji (fardu) " ( Musnaf Ibn Abi Syaibah no. 14871 ) Inilah kesimpulan Imam al-Syaukani selepas membincangkan setiap hadis. Imam Syaukani r.a. berkata maksudnya : " Maka diambil daripada himpunan hadis-hadis ini bahawa sesungguhnya sah haji kanak-kanak, dan tidak memadai baginya daripada haji Islam apabila dia baligh ." ( petikan kitab Nail al-Autor, juzuk 4,hlm 348 ) Fakta Berkaitan BALIGH Solat hanya diwajibkan apabila sudah b

Soal Jawab HAJI (Soalan 26)

BAB 4 - SYARAT-SYARAT WAJIB HAJI Soalan 26 : Jika ibu bapa seseorang anak itu ingin membawa anaknya, bagaimanakah pelaksanaan hajinya? Jawapan : Kanak-kanak secara dasarnya terbahagi kepada dua jenos, yang pertama sudah mumaiyiz, hukumnya telah dijelaskan di atas ( Soal Jawab 25 ), dan yang kedua ialah belum mumaiyiz. Bagi kanak-kanak yang belum mumaiyiz, bapa atau penjaganya bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja itu bagi pihaknya. Sebagai penjelasan : Langkah Pertama : Bapa atau penjaganya hendaklah meniatkan dalam hati-nya bahawa anak itu berihram. Contoh niat bagi pihak anaknya itu : " Sahaja aku berihram dengan ihram haji untuk anak ini kerana Allah ." Langkah Kedua : Menyempurnakan semua rukun dan wajib  haji. Anak itu hendaklah dibawa bersama menjalani kesemua rukun yang berkaitan seperti wuquf di Arafah, bermalam di Muzdalifah dan Mina dan ditahlulkan. Bagi melontar, tawaf dan sa'i pula, penjaga itu akan melakukan untuk anak tersebut. Sya

MELAYU JOHOR

Cebisan puisi MELAYU JOHOR 1988 Oleh : Datuk Usman Awang Sasterawan Negara ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Di Johor, Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu, Banjar itu Melayu, Minangkabau memang Melayu, Aceh dan Siak adalah Melayu, Jakun dan Sakai lebih Melayu, Arab dan Turki pekat Melayu, Mamak dan Malbari jadi Melayu, Malah mualaf bertakrif Melayu. Melayu Johor, Telah terlalu banyak kita kehilangan, Sawah ladang bertukar tangan, Pekan dan bandar kita menumpang, Teluk Belanga entah ke mana, Yang tinggal hanyalah pakaian, Sedarah sedaging hampir hilang, Yang ada hanyalah setulang, Selat Tebrau kian sempit, Hati rindu jauh tergamit. Anak Johor, Luka di Tanjung Puteri, Parutnya di Parit Raja, Muka biar berseri, Mulut biar berbahasa. Melayu Johor saudaraku yang dikasihi, Dalam kekeruhan ini carilah kejernihan, Dalam sengketa ini sambutlah perdamaian, Sifat terpuji setiap insan, Bermuafakat supaya berkat, Bersau

Soal Jawab HAJI (Soalan 25)

BAB 4 - SYARAT-SYARAT WAJIB HAJI Soalan 25 : Kawan saya inin membawa anaknya yang belum baligh untuk menunaikan haji. Apakah hukumnya? Jawapan : Pada dasarnya, Islam tidak mewajibkan ke atas kanak-kanak yang belum baligh melaksanakan haji tetapi hajinya sah seandainya wali kanak-kanak tadi berniat ihram baginya dan menyempurnakan haji bersma-sama anaknya itu bagi pihaknya, melakukan tawaf, sa'i, wuquf di Arafah, melontar jamrah, bermalam di Muzdalifah dan Mina serta ditahalulkan . Namun demikian, jika seseorang anak yang sudah mumaiyiz yang telah faham kaedah melaksanakan ibadah haji lalu melakukanya sendiri maka hajinya sah . Ini berlaku apabila dia berniat sendiri dengan syarat diberikan keizinan oleh bapanya atau penjaganya.     Sumber : Soal Jawab remeh-temeh tentang HAJI tapi anda malu bertanya ... ( oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir ).

PRU13 : Tahniah BN

16 Mei 2013. BN MENANG Datuk Seri Najib Tun Razak menerima mandat daripada rakyat untuk menerajui negara sebagai perdana menteri keenam selepas Barisan Nasional (BN) memperoleh majoriti mudah 133 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-13.     "Walau apapun yang berlaku, keputusan rakyat, kehendak rakyat, perlu dihormati. Kami, dalam Barisan Nasional, menghormati kehendak rakyat,"  kata DS Najib. Sebuah mekanisme khusus untuk memantau pelaksanaan Aku Janji BN akan ditubuhkan bagi membuktikan komitmen gabungan itu dalam menunaikan janji kepada rakyat. "...rakyat sedar apabila kita membuat janji, kita akan tepati," ujarnya lagi.   Keputusan PARLIMEN   Keputusan ADUN   BERSYUKUR Sejarah pembukaan Kota Mekah adalah kemuncak yang telah menceritakan segala-galanya terhadap sikap dan prinsip politik Rasullullah s.a.w. Bukan saja teknik politik Rasullullah s.a.w sangat tersusun, malah akhlak Rasullullah s.a.w dalam memaaf

Kelebihan Minum Air Putih Ketika Perut Kosong

Minum air dengan serta-merta selepas bangun dari tidur adalah sangat popular di kalangan masyarakat Jepun. Ujian saintifik telah membuktikan nilainya dan hari ini saya ingin berkongsi sedikit tentang keistimewaan air. Untuk penyakit-penyakit lama dan serius serta penyakit moden, rawatan air didapati telah berjaya oleh ahli perubatan Jepun sebagai penawar bagi penyakit-penyakit yang berikut: Penyakit sakit kepala, sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, kegemukan berlebihan, asma bronkitis, TB, meningitis, buah pinggang dan air kencing, muntah, gastrik, cirit-birit, buasir, kencing manis, sembelit, semua penyakit mata, rahim, kanser dan gangguan haid, penyakit telinga hidung dan tekak. KAEDAH RAWATAN 1. Bangun pada waktu pagi dan sebelum anda menggosok gigi, minum 4 x 160 ml gelas air  2. Berus dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit  3. Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti bi