Monday, April 29, 2013

Soal Jawab Haji (Soalan 23 dan Soalan 24)

BAB 4 - SYARAT-SYARAT WAJIB HAJI

Soalan 23 :

Ke atas siapakah diwajibkan haji itu?

Jawapan :

Haji diwajibkan ke atas individu yang memenuhi kriteria di bawah:

1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Berkuasa
    - Tambang pergi balik
    - Ada nafkah perbelanjaan yang mencukupi
    - Ada nafkah yang cukup untuk orang yang ditinggalkan
    - Aman dalam perjalanan
    - Sihat tubuh badan
    - Masa yang cukup untu mengerjakan haji.
5. Bagi Wanita
    - Menadapat izin suami/wali
    - Diteman suami, mahram atau beberapa wanita yang dipercayai.


Soalan 24 :

Seorang wartawan majalah  antarabangsa yang tidak beragama Islam telah berjaya memasuki Makkah dengan identiti yang palsu. Adakah sempurna hajinya jika dia masuk Islam kelak?

Jawapan :

Sebenarnya dia tidak dibenarkan untuk masuk ke kawasan Tanah Haram.

Apatah lagi untuk melaksanakan ibadat haji. Hukum  haji ini pula tidak diwajibkan ke atas seorang bukan muslim. Jika dia masuk Islam kelak, dia tetap diwajibkan melaksanakan ibadah ini kerana perlaksanaannya sebelum Islam itu tidak sah termasuk dalam hal ini syarat wajib haji ialah bukan seorang yang murtad.
 

 
 
Sumber : Soal Jawab remeh-temeh tentang HAJI tapi anda malu bertanya ...
(oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...