Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2013

Jauh Di Mata - Istanbul & Bursa

KENANGAN MELANCONG KE ISTANBUL DAN BURSA, TURKI 20-25 MAC 2013 Tajuk Lagu : Jauh Di Mata Penyanyi : Ella

Soal Jawab Haji (Soalan 23 dan Soalan 24)

BAB 4 - SYARAT-SYARAT WAJIB HAJI Soalan  23 : Ke atas siapakah diwajibkan haji itu? Jawapan : Haji diwajibkan ke atas individu yang memenuhi kriteria di bawah: 1. Islam 2. Baligh 3. Berakal 4. Berkuasa     - Tambang pergi balik     - Ada nafkah perbelanjaan yang mencukupi     - Ada nafkah yang cukup untuk orang yang ditinggalkan     - Aman dalam perjalanan     - Sihat tubuh badan     - Masa yang cukup untu mengerjakan haji. 5. Bagi Wanita     - Menadapat izin suami/wali     - Diteman suami, mahram atau beberapa wanita yang dipercayai. Soalan 24 : Seorang wartawan majalah  antarabangsa yang tidak beragama Islam telah berjaya memasuki Makkah dengan identiti yang palsu. Adakah sempurna hajinya jika dia masuk Islam kelak? Jawapan : Sebenarnya dia tidak dibenarkan untuk masuk ke kawasan Tanah Haram. Apatah lagi untuk melaksanakan ibadat haji. Hukum  haji ini pula tidak diwajibkan ke atas seorang bukan muslim . Jika dia masuk Islam kelak, dia tetap diw

DINDING RATAPAN

Petikan dari Facebook Tahukah anda apa makna WALL? Yup. . Ia bermakna DINDING. Lalu kenapa dengan dinding? Saya teruskan. . Siapakah yang membuat FB? Mark Zuckerberg seorang berbangsa YAHUDI. Apa kaitannya WALL dan YAHUDI ? Kaitan kedua-duanya sangat erat. DINDING RATAPAN   Didinding itu mereka menangisi dosa-dosa mereka, meluahkan harapan, ratapan dan segalanya. Itulah tujuan mereka membuat FB. Dan tanpa kita sedari, kita lebih banyak mengadu masalah di FB daripada mengadu kepada ALLAH SWT, lebih mengutamakan update status daripada solat dan zikir kepada ALLAH SWT. Hati-hatilah sahabat, boleh-boleh kita nanti menjadi ''Tassyabuh'' atau menyerupai kaum lain (Yahudi). Nabi melarang dalam sabdanya: ''Barang siapa menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk dalam golongannya. "   Oleh kerana itu, jangan jadikan WALL FB sebagai tempat luahan perasaan seperti mereka. Tapi jadikanlah ia sebagai tempat membahagikan ilm

PENAWAR SAKIT TEKAK ATAU BATUK

  Tip mudah menyediakan penawar sakit tekak atau batuk. Hirisan buah lemon, hirisan halia dicampur dengan madu asli di dal am balang atau bekas bertutup dan simpan di dalam peti sejuk. Ia akan menjadi likat seperti agar-agar. Tahan sehingga 2-3 bulan.   Cara penyediaan, masukkan sesudu ke dalam gelas, dan tuangkan air suam. Sumber : Suami Ister Bahagia  

Soal Jawab HAJI (Soalan 22)

BAB 3 - KELEBIHAN DAN FADILAT HAJI Soalan  22 : Adakah haji ini boleh dianggap sebagai jihad? Jawapan   : Memang jihad . Bukan senang untuk pergi haji bagi kebanyakan orang. Duitnya dan masa lagi. Letih juga ketika musafir. Semua itu jihad. Lebih-lebih lagi untuk wanita. Aishah r.h.a. bertanya kepada Nabi SAW adakah ke atas wanita jihad? Nabi SAW menjawab : Maksudnya : " Ya Ke atas mereka (wanita) jihad yang tiada perang padanya iaitu haji dan umrah ." (riwayat Ibn Majah, kitab al-manasik,hadis no. 2901) Mungkin melihat kepada fadilat haji inilah, generasi awal Islam suka melakukan ibadat haji . Dikatakan sahabat Nabi bernama Abdullah Ibn Umar melakukan 40 haji dan 1000 umrah . Dikatakan juga bahawa seorang ulama bernama Sufyan al-Thauri , haji senayak 70 kali .

PRU13 - Apa kata Ust. Ridhwan Tee Abdullah.

Petikan daripada Facebook SUDAH dua hari penamaan calon berlalu untuk PRU13. Sebelum itu, nama-nama mereka yang bertanding telah diumumkan oleh parti-parti terbabit. Macam-macam reaksi kedengaran. Ada yang merajuk kerana tidak terpilih. Tidak kurang yang agresif bertindak balas, membalas dendam dan pelbagai reaksi negatif. Pendek kata, semua mahu menjadi calon. Jarang kedengaran reaksi positif. Apabila tidak terpilih, mereka berkata; Alhamdulillah, syukur, kerana terlepas daripada memikul tanggungjawab yang begitu besar. Ramai lupa atau buat lupa, jawatan di dunia, ada perkiraan syurga dan neraka. Dahulu, ramai yang takut dipilih menjadi pemimpin, kerana takutkan azab ALLAH SWT. Apatah lagi memimpin negara. Mereka akan dihisab terlebih dahulu. Hari ini, semua mahu jadi pemimpin, seolah-olah amanah itu hanya suatu permainan untuk mendapat kuasa. Soal sama ada, menepati KPI (amanah) ALLAH SWT, boleh menang atau tidak, belakang kira. Yang penting, mahu bertanding. Mal

Soal Jawab HAJI - (Soalan 20 dan Soalan 21)

BAB 3 - KELEBIHAN DAN FADILAT HAJI Soalan  19 : Orang selesai buat haji, di awal namanya selalu diletak 'Haji'. Orang tidak pula buat begitu Jawapan : Jarang-jarang sangat berjumpa dengan orang Arab yang meletakkan pangkat haji di awal namanya. Orang Melayu banyak buat begitu. Mungkin inilah fadilat haji atas muka dunia. Apabila sudah berhaji, namanya akan dipanggil dengan hormat. Kalau sebelum haji, hanya sekadar " saudara " atau " encik ". Apabila berhaji, namanya dipanggil " tuan haji ". Siap ada pangkat "tuan" lagi. Kalau yang muda, hajinya dihujung nama lalu disebut " al-Haj ". Soalan 20 : Mengapakah ibadah haji diwajibkan? Jawapan : Setiap ibadah dalam Islam adalah perintah daripada Allah . Sudah pasti ada hikmah yang tertentu. Haji adalah kemuncak dalam ibadah . Kalau solat tidak memerlukan belanja yang banyak, tetapi haji perlu kepada banyak belanja. Sebagai hamba, kita datang menyahut ser

Soal Jawab HAJI - (Soalan 19)

BAB 3 - KELEBIHAN DAN FADILAT HAJI Soalan  19 : Ketika solat berjemaah di Masjidiharam, imam bermazhab Hanbali, sedangkan kita Syafi'i. Sudahlah solat tal sah kerana tidak dibaca doa qunut. Jawapan   : Doa qunut dalam mazhab Syafi'i r.h.m. adalah perkara sunat sahaja. Solat kita sah jika berimamkan seseorang imam yang berbeza mazhab selagi ia merupakan mazhab dalam kategori ahli sunah waljamaah. Keterbukaan Mazhab Syafi'i Bahkan diceritakan bahawa Imam Syafi'i r.h.m. sendiri pernah bersolat Subuh menjadi imam disebuah tempat yang bermazhab Hanafi tetapi beliau tidak berdoa qunut sebagai menghormati pendapat mazhab Abu Hanifah r.a. Inilah kelebihan haji di mana umat Islam pelbagai bangsa dan mazhab berhimpun di satu tempat. Mereka berimam kepada seorang imam. Jika imam bermzhab Hanbali, para makmum yang bermazhab Syafi'i, Maliki, Hanafi dan mazhab yang lain semuanya bersolat dibelakang satu imam. Kita semua adalah Muslim kerana nama ini di

25-26 Mac 2013 : Istanbul dan Bursa (Hari Ke-7 dan Hari Terakhir)

25-26 Mac 2013 Hari Ketujuh dan Hari Terakhir  [ Umum ] Bersiar-siar sekitar hotel sementara menunggu bas untuk ke airport. Bersiap-siap untuk menaiki bas ke Lapangan Terbang Ataturk, Istanbul.     Airport Artaturk Istanbul.     Flight kami jam 3.00 petang waktu Istanbul. Kenangan tak mungkin dilupakan. Jika kewangan mengizinkan, kelapangan ada dan sihat tubuh badan, Isya Allah kami akan kunjungi Istanbul lagi. klip video Selamat tiba di KLIA jam 6.50 pagi waktu Malaysia. Tamat Trip kami ke Istanbul dan Bursa. Aturcara Lawatan   Sila Klik ... Umum 19-20 Mac 2013 - Hari Pertama dan Hari Ke-2 21 Mac 2013 - Hari Ke-3 (Bhg. 1) 21 Mac 2013 - Hari Ke-3 (Bhg. 2) 22 Mac 2013 - Hari Ke-4 23 Mac 2013 - Hari Ke-5 24 Mac 2013 - Hari Ke-6 25-26 Mac 2013 - Hari Ke-7 dan Hari Terakhir

24 Mac 2013 : Istanbul dan Bursa (Hari Ke-6)

24 Mac 2013 Hari Keenam  [ Umum ] Hari ini merupakan hari keenam dalam aturcara lawatan. Mengikut pakej, hari ini adalah Free n Easy . Pihak POTO ada menawar pakej pilihan untuk hari ini iaitu Cruise Bosphorus dengan bayaran sebanyak USD 60. Cruise Bosphorus ini mengambil masa lebih kurang 2 jam mengelilingi Laut Marmara melihat panorama indah sekelilingnya. Seramai 17 orang daripada kami setuju dengan tawaran tersebut. pakej ini juga termasuk makan tenghahri.     Saya dan isteri tidak menyertai Cruise yang ditawar itu.  Saya dan isteri, Mat Arif dan isteri dan Abdul Satar dan isteri, kami bercadang untuk ronda semula Spice Bazaar.             Setelah selesai ronda di Spice Bazaar, kami semua mencari-cari stesen Tram yang berdekatan untuk pulang ke hotel.    Kami lalu subway untuk menyeberangi jalan. Rupa-rupanya di Subway ini ada kedai. Singgah sebentar, kami beli baju sejuk 5 helai, sehelai 5 Lira aje.     Semasa kami lalu ber

23 Mac 2013 : Istanbul dan Bursa (Hari Ke-5)

22 Mac 2013 Hari Kelima  [ Umum ] Nakkas Carpet Turki berada pada tangga ke-6 pengeluaran permaidani dunia. Kebanyakan karpet dan permaidani Turki di eksport ke Arab Saudi, USA dan Kazakhstan. Kawasan pengeluaran terkenal di Turki adalah di Anatolia.   Pagi ini kami dibawa ke kedai penjual karpet dan permaidani di Istanbul, Nakkas.   Sebelum taklimat diberi, kami dihidangkan minuman Cay Teh, Teh Epel dan Kopi Dangdut yang merupakan tradisi orang Turki apabila pelanggan bertandang ke kedai mereka.   Pemilik Nakkas, menerangkan pelbagai jenis, saiz dan corak karpet dan permaidani kepada kami.   Perkhidmatan yang diberi, setiap karpet dan permaidani yang dibeli akan dihantar terus ke rumah kita tetapi harganya tersangatlah mahal.     Selepas melawat kedai karpet dan permaidani, kami berjalan menuju Hippodrome yang berhadapan dengan Masjid Biru untuk menaik bas ke Beyoglu dan Taksim Square.     Pada zaman Byzantine, Hippodrome adalah s