Wednesday, March 13, 2013

Soal Jawab HAJI (Soalan 17-18)

BAB 3 - KELEBIHAN DAN FADILAT HAJI

Soalan 17 :

Betulkah kata orang, haji ini balasannya syurga?

Jawapan :

Ya,

Nabi SAW telah bersabda;

Maksudnya :

"Umrah kepada umrah adalah kafarah (penghapus dosa) bagi antara keduanya. Dan haji mabruru tiadalah baginya ganjaran melainkan syurga." (Riwayat al-Bukhari no 1773 dan Muslim. Rujuk Subul al-Salam, kitab al-hajj, juzuk 2, hlm. 919, hadis no. 663)

 

Soalan 18 :

Benarkah jemaah haji ini tetamu Allah?

Jawapan :

Kalau begitu, maknanya kita adalah tetamu. Sebagai tetamu sebuah rumah biasa, sudah tentu kita akan disambut, dipersilakan masuk, dilayan dan dihidangkan makanan serta minuman.

Kita yang pergi haji sebenarnya mengunjungi rumah Allah atau disebut Baitullah.

Dalam hal haji, memang jelas disebut bahawa para jemaah haji adalah tetamu Allah. Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Rasulullah SAW bahawasanya, Nabi SAW telah bersabda;

Maksudnya :

"Orang haji dan umrah adalah tetamu (utusan) Allah. Jika mereka berdoa kepada Allah, Allah akan memperkenankannya. Jika mereka memohon ampun, Allah akan mengampunkan mereka." (Riwayat Ibn Majah, kitab al-Manasik, hadis no. 2892)
 
Diceritakan dalam sebuah riwayat bahawa Umar al-Khattab r.a. meminta izin kepada Nabi SAW untuk pergi umrah. Nabi SAW berkata kepada Umar r.a. :
 
Maksudnya :
 
"Wahai saudaraku! Sertakanlah kami dalam sesuatu daripada doamu, dan janganlah engkau melupakan kami, lalu kata Umur r.a. : 'Tiadalah ucapan yang lebih kugemari daripada kata-kata Nabi itu apabila Baginda menggunakan kalimah saudaraku!'" (Riwayat Abu Daud no. 1500, Ahmad no. 200)
 
 
 
Sumber : Soal Jawab remeh-temeh tentang HAJI tapi anda malu bertanya ...
(oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...