Wednesday, February 27, 2013

Soal Jawab HAJI (Soalan 14, 15 dan 16)

BAB 2 - KEWAJIPAN HAJI

Soalan 14 :

Wanita biasalah ada uzur syarii. Susah juga nak buat haji kalau uzur syarii.

Jawapan :

Harus baginya menggunakan ubat penahan haid. Nampaknya kebanyakan ulama mengharuskan penggunaanya jika tiada kesan sampingan yang merbahaya.



Soalan 15 :

Apakah hukum mengerjakan haji untuk orang yang tidak dikenali namanya?
Sebagai contoh saya memiliki beberapa orang bapa saudara dan ibu saudara yang meninggal dunia semasa saya masih kecil. Cuma saya tidak mengenali nama-nama mereka. Adakah saya harus mengerjakan haji bagi pihak mereka? Bagaimana melafazkan niat untuk mereka?

Jawapan :

Hukumnya adalah harus. Niat untuk mengerjakan bagi pihak simati itu pun mencukupi tanpa perlu melafazkannya (Fatwa : Haji dan Umrah, Cetakan pustaka Imam asy-Syafi'i 2007 hlm.88).



Soalan 16 :

Apakah hukum bagi orang yan buta, tidak dapat berjalan atau cacat untuk mengerjakan ibadah haji?

Jawapan :

Wajib jika ada kemudahan untuknya seperti bekalan kenderaan, pemandu yang dapat membimbingnya, tatkala singgah, menurun dan menaikkannya ke atas kenderaan semula tanpa dia menghadapi sebarang masalah. Demikian juga bagi orang cacat dan kurang upaya yang lain.
(Sila rujuk al-Majmu' karangan al-Nawawi, bab Wujub al-hajj 'ala al-A'ma, juga al-Mughni fi Fiqah al-Hajj hlm 34).
 
 
Sumber : Soal Jawab remeh-temeh tentang HAJI tapi anda malu bertanya ...
(oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...