Wednesday, February 20, 2013

Soal Jawab HAJI (Soalan 13)

BAB 2 - KEWAJIPAN HAJI

Soalan 13 :

Ada yang malas solat, tapi suka pergi haji. Macam mana hajinya?

Jawapan :

Solat dan haji adalah rukun Islam. Tapi tentulah solat lebih penting bagi setiap individu Muslim. Ada hadis maksudnya :

"Antara seorang lelaki (Muslim) dan syirik ialah meninggalkan solat." (Riwayat Muslim no. 256,257)

Sekiranya dia meninggalkan solat kerana malas maka hajinya sah dan dia berdosa kerana meninggalkan solat. Sebaliknya jika ia meninggalkan solat kerana meremeh-temehkan solat, maka hajinya adalah tidak sah.

Orang yang kerap pergi ke Tanah Suci tetapi malas bersolat sebenarnya ditipu syaitan.

Maksud hadis :

"Sesungguhnya Iblis meletakkan arasynya di atas air, kemudian dia menghantar tenteranya. Maka yang paling hampir kedudukan dengannya itulah yang paling besar fitnah. Salah seorang tentera datang dan berkata bahawa saya melakukan demikian dan demikian, Iblis menjawab bahawa kamu tidak melakukan apa-apa. Kemudian seorang lagi tentera datang dan berkata dia tidak meninggalkan seorang manusia hingga dia berjaya memisahkan antaranya dan isterinya. Iblis menghampirkan diri kepadanya seraya memujinya sebagai sebaik-baik mahluk." (Riwayat Ahmad dalam al-Musnad, Muslim no 7284, al-Bihagi dalam al-Syu'ab no 8464).
 
 
 
Sumber : Soal Jawab remeh-temeh tentang HAJI tapi anda malu bertanya ...
(oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...