Wednesday, January 30, 2013

Soal Jawab HAJI (Soalan 11 dan Soalan 12)

BAB 2 - KEWAJIPAN HAJI

Soalan 11 :

Ada hamba Allah bernazar untuk berjalan kaki semasa menunaikan haji. Macam mana?

Jawapan :

Kalau sudah nazar begitu, nampaknya macam wajiblah untuk ditunaikan.
 
Alahai...buat apalah pergi bernazar begitu. Banyak lagi nazar yang baik. Umapamanya bernazar untuk bersedekah, menderma kepada anak yatim dan seumpamanya. Sedangkan bazar untuk berjalan kaki boleh menyeksa diri.
 
Hadis daripada Anas r.a. : Nabi SAW pernah satu masa melihat seorang tua berjalan sambil dipapah oleh dua anak orang lelakinya. Nabi SAW bertanya tentang keadaannya keanapa dia berjalan. Mereka menjawab dia bernazar untuk berjalan. sabda Nabi SAW :
 
Maksudnya :

"Sesungguhnya Allah tidak memerlukan perbuatan menyeksakan diri seperti kelakuan orang ini terhadap dirinya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Cumanya mungkin ada kafarah nazar. Eloklah kalau hendak bernazar, pilihlah benda yang sesuai dan logik. Kalau tidak, sudah tentu ada kafarahnya. Kafarahnya ialah membebaskan hamba atau memberi makan sepuluh orang miskin, atau memberi pakaian juga kepada sepuluh orang miskin.
 
Kalau tidak ada atau tidak mampu, maka berpuasalah tiga hari.
 
Firman Allah SWT, surah Al-Ma'idah (5), Ayat 89 :
 
Maksudnya :
 
"Maka kafarahnya ialah memberi makan sepuluh orang miskin daripada makanan yang sederhana yang kamu berikannya kepada ahli keluargamu, atau engkau memberi pakaiaan kepada mereka, atau engkau memerdekakan seorang hamba. Maka jika kamu tidak dapati maka berpuasalah tiga hari. Itulah kafarah sumpahmu apabilah kamu bersumpah."
 
Walau bagaimanapun, kalau sumpah yang ada unsur maksiat, maka ada ulama berpendapat bahawa sumpah itu mesti ditinggalkan dan tiada kafarah keatasnya.
 


Soalan 12 :

Haji belum buat tetapi sudah bernazar haji. Kena haji berapa kali?

Jawapan :

Wajib atasnya mengerjakan haji nazar itu setelah selesai mengerjakan haji yang pertama yang merupakan fardu ke atasnya.
 

 
Sumber : Soal Jawab remeh-temeh tentang HAJI tapi anda malu bertanya ...
(oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...