Tuesday, December 18, 2012

Soal Jawab HAJI - (Soalan 5)

BAB 1 - PENGERTIAN HAJI

Soalan 5 :

Mengapakah haji dituntut sekali seumur hidup? Bagaimanakah orang kaya yang mampu melakukannya lebih daripada sekali?

Jawapan :

Seorang sahabat r.a. bertanya kepada Nabi SAW tentang kewajipan haji adakah ia setiap tahun. Nabi SAW menjawab :
 
Maksudnya:
 
"Kalau aku kata ya nescaya ia wajib (setiap tahun), kemudian sudah pasti kamu tidak mendengar (sebagai mendengar serta menerima) dan kamu tidak akan taat, akan tetapi ia satu haji sahaja."

Seluruh ulama bersepakat menetapkan bahawa haji itu tidak berulang-ulang, diwajibkan sekali sahaja untuk seumur hidup kecuali jika dinazarkan. Selain daripada satu kali yang wajib, maka yang selebihnya bila dikerjakan, ia dianggap sebagai satu ibadah sunat.
 
Syariat Islam mewajibkan perlaksanaan haji atas setiap mukalaf, sekali dalam seumur hidup.
 
Sumber : Soal Jawab remeh-temeh tentang HAJI tapi anda malu bertanya ...
(oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...