Saturday, November 3, 2012

SANDY : IKTIBAR DAN RENUNGAN BERSAMA

TAUFAN SANDY (30 Oktober 2012)



Taufan Sandy mengganas, membadai kawasan persisiran pantai timur Amerika Syarikat (AS), termasuklah New York, New Jersey, Maryland, Pennsylvania, West Virginia dan North Carolina telah menjejaskan lebih 50 juta penduduk di wilayah itu.

 
Taufan gergasi itu membawa kelajuan angin 130 kilometer sejam, melanda kawasan persisiran pantai sejauh beratus-ratus kilometer dengan beberapa negeri dilanda hujan lebat dan bandar-bandar utama lumpuh dengan bandar raya New York paling teruk terjejas.


Bandar raya New York lumpuh apabila sistem pengangkutan kereta api bawah tanah terjejas teruk, terburuk dalam tempoh 108 tahun, sementara kira-kira tujuh juta penduduk di seluruh negara turut mengalami masalah terputus bekalan elektrik.

Satu kebakaran besar di kawasan penempatan di New York City yang banjir, menyebabkan 50 buah rumah musnah, namun hanya dua orang mengalami kecederaan ringan.


Suasana di sekitar pusat bandar Manhattan turut panik apabila banjir setinggi 3.9 meter menenggelamkan terowong-terowong dan stesen kereta api bawah tanah, selain menyebabkan pelancong serta pesakit-pesakit di hospital terpaksa mencari tempat berlindung.


IKTIBAR DAN RENUNGAN

Gambar-gambar di atas hanya sekadar untuk renungan bahawa satu ketika Allah boleh menurunkan balaNYA dan diwaktu yang sama DIA juga memberikan ni'matnya. Dia menurunkan balaNYA dimana sahaja yang dikehendakiNYA, dan memberi ni'mat dimana jua yang dikehendakiNYA. Adakah mereka beriman? Satu persoalan yang sukar untuk dijawab. Yang pastinya bagaimanakah sikap kita orang yang beriman melihat perkara ini. Ya, dia bukan belaku pada kita dibumi Malaysia ini, tetapi bukankah ia juga boleh berlaku dimana-mana? dan juga berlaku pada kita di Malaysia! Oleh itu beringatlah, kembalilah kepada hidup yang di redhai Allah. Agar kita semua akan di jauhkan dari ujian berupa bala bencana yang pastinya tidak akan mampu kita hadapinya tanpa pertolongan dari Allah. Taatilah dan kembalilah pada melaksanakan perintah dan suruhanNYA.

Surah Ar-Rum, Ayat 41


Maksudnya :

"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)."
 
 
Surah Al-'A'raf, Ayat 96
 
 
Maksudnya :
 
"Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan."
 
 
Doa

Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha berkuasa, kami bersyukur kehadrat-Mu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat.
 
Kami pohon kehadrat-Mu ya Allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah kami ke jalan yang Engkau redhai, lindungilah kami daripada ujian-Mu yang berat seperti kemarau panjang, banjir besar, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain, supaya dengan demikian, negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.
 
Kau lindungilah kami, keluarga kami, golongan fuqara' dan masakin daripada kekufuran dan kefakiran yang berpanjangan.
 
"Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka".
(Surah Al-Baqarah, Ayat 201)
 
Amin.
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...