Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2012

JEMPUTAN PEMBUKAAN RESTORAN HJ ISHAK

  24 Nov 2012 - Hadir jemputan daripada Tuan Haji Ishak ke atas pembukaan rasmi restoran beliau di Bandar Tun Hussien Onn. Beliau mengambil-alih perniagaan restoran tersebut daripada pemilik asal, Restoran Mama. Restoran ini bersebelahan dengan Texas Steak House. Restoran beliau menyajikan masakan kampung, nasi campur, sarapan pagi seperti restoran-restoran biasa yang lain. Semoga perniagaan restoranbeliau mendapat sambutan dan berjaya.

Le Tour de Langkawi 2012 (Klip Video)

Koleksi gambar kenangan percutian di Langkawi pada 11-14 Nov 2012.   Lagu : TITISAN EMBUN PAGI Artis : D. J. Dave

Le Tour de Langkawi 2012

Le Tour de Langkawi 2012 Le Tour de Langkawi 2012 merupakan percutian kami sekeluarga ke Pulau Langkawi dan singgah sebentar ke tempat-tempat berdekatan dengan nya pada 11-14 November 2012. Percutian ini telah dirancang awal iaitu sebulan sebelum dari tarikh percutiaan. Semua tempahan hotel, kami lakukan melalui internet. Kami juga menggunakan perkhidmatan agen pelancongan di Langkawi, untuk ke destinasi-destinasi yang dirancang.  

JIHAD YANG MAMPU AKU LAKUKAN UNTUK GAZA

Marilah kita sama-sama, semua umat Islam membaca ayat-ayat Al-Quran berikut dan berdoa agar rejim Zionis hancur. Surat Yunus, Ayat 85,86 dan 88   Lalu mereka berkata: "Kepada Allah jualah kami berserah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami landasan fitnah kesengsaraan bagi kaum yang zalim ganas (85) " Dan selamatkanlah kami dengan rahmatMu dari angkara kaum yang kafir" (86). Dan Nabi Musa pula (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau telah memberikan kepada Firaun dan ketua-ketua kaumnya barang-barang perhiasan dan harta benda yang mewah dalam kehidupan dunia ini. Wahai Tuhan kami! (Kemewahan yang Engkau berikan kepada mereka) akibatnya menyesatkan mereka dari jalanMu (dengan sebab kekufuran mereka). Wahai Tuhan kami! Binasakanlah harta benda mereka dan meteraikanlah hati mereka (sehingga menjadi keras membatu), maka dengan itu mereka tidak akan dapat beriman sehingga mereka melihat azab yang tidak terper

MTCJ TERIMA VAN JENAZAH BARU

Masjid Taman Cheras Jaya (MTCJ) merupakan salah satu penerima daripada 20 masjid dari seluruh negara yang disenaraikan. Majlis penyerahan disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaacob, Menteri PDNKK dalam satu majlis ringkas di Ibu Pejabat Bank Rakyat pada hari Khamis 1 Nov 2012.   Tuan Hj Wan Chik dan Encik Ahamd Nawai menwakili MTCJ menerima sumbangan van tersebut.

KUTERIMA KAU APA ADANYA

Lagu : KUTERIMA KAU APA ADANYA Artis : POCKET BAND

Jemputan Camel Rich Cafe

3 November 2012, dapat jemputan daripada Tuan Hj. Aminuddin sempena perasmian pembukaan restoran baru beliau yang diberi nama CAMEL RICH CAFE. Restoran ini terletak di Cheras Selatan/Balakong berdekatan dengan AEON Cheras Selatan. Restoran ini menyediakan Nasi Arab/Briyani, Asam Pedas, Laksa Johor, Masakan Ala Barat dan pelbagai menu lain.     Semoga Camel Rich Cafe berjaya dan mendapat sambutan. Jom Makan.

Buah-buahan yang disebut dalam Al-Quran : Buah Delima

BUAH DELIMA   Surah Al-'An'am (6), Ayat 141   Maksudnya : " Dan Dia lah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar; dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya; dan buah zaiton dan delima , yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya). Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah, dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya; dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan); sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau. "   Delima, seperti yang disebutkan di dalam Al-Qur`an, mengandungi potassium yang besar nilainya, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. Delima dapat memelihara keseimbangan kadar potassium-sodium, buah ini juga menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungs

SANDY : IKTIBAR DAN RENUNGAN BERSAMA

TAUFAN SANDY ( 30 Oktober 2012) Taufan Sandy mengganas, membadai kawasan persisiran pantai timur Amerika Syarikat (AS), termasuklah New York, New Jersey, Maryland, Pennsylvania, West Virginia dan North Carolina telah menjejaskan lebih 50 juta penduduk di wilayah itu.   Taufan gergasi itu membawa kelajuan angin 130 kilometer sejam, melanda kawasan persisiran pantai sejauh beratus-ratus kilometer dengan beberapa negeri dilanda hujan lebat dan bandar-bandar utama lumpuh dengan bandar raya New York paling teruk terjejas. Bandar raya New York lumpuh apabila sistem pengangkutan kereta api bawah tanah terjejas teruk, terburuk dalam tempoh 108 tahun, sementara kira-kira tujuh juta penduduk di seluruh negara turut mengalami masalah terputus bekalan elektrik. Satu kebakaran besar di kawasan penempatan di New York City yang banjir, menyebabkan 50 buah rumah musnah, namun hanya dua orang mengalami kecederaan ringan. Suasana di sekitar pusat bandar Manhattan turut pa