Tuesday, October 30, 2012

MAJLIS RAMAH MESRA AIDILADHA PPPBCJ 2012


Majlis ini telah diadakan ekoran sumbangan lembu daripada Encik David Teo, Pengarah Urusan MIG kepada Persatuan Penduduk Pusat Bandar Cheras Jaya. Sembelihan lembu ini telah dilakukan oleh Tuan Imam, Hj Kamaruddin pada petang Jumaat 26 Oktober 2012. Kerja-kerja melapah dan memotong daging dan bahagian-bahagian lembu yang lain dibuat secara gotong-royong oleh penduduk Taman Cheras Jaya.

 
 


Majlis Ramah Mesra pula diadakan pada hari Ahad 28 Oktober 2012 dengan jamuan masakan Tuan Hj Aminuddin dan dibantu oleh ahli-ahli PPPBCJ dan penduduk taman. Majlis ini bermula jam 12.30 tengahari dan berakhir jam 2.30 petang. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...