Saturday, October 27, 2012

MAJLIS QURBAN DAN AQIQAH, MTCJ 1433H


Majlis Qurban dan Aqiqah, MTCJ 1433H telah berjaya dilaksanakan pada 11 Zulhijjah 1433H bersamaan 27 Oktober 2012. Sebanyak 13 ekor lembu dan seekor kambing telah diqurbankan. Manakala seekor lembu lagi sumbangan JAIS untuk dibuat jamuan makan petugas-petugas qurban. Masakan kulai kawah, goreng kicap dan Sup tulang telah disediakan oleh kumpulan dapur.Majlis ini bermula jam 8.00 pagi dan selesai pembahagian pada jam 11.30 pagi.
 
Klip video
 
POTONG KUKU, RAMBUT (Sumber)

Bagi menggandakan pahala korban, seseorang yang sudah berniat awal untuk melakukannya digalakkan menahan diri dari memotong rambut dan kuku. Ia berdasarkan hadith riwayat Muslim yang sohih, iaitu :-
 
من أراد أن يضحي فدخل العشر فلا يأخذ من شعره ولا من أظفاره شيئاً حتى يضحي
 
Ertinya :
Barangsiapa yang ingin menyembelih ( berkurban ), dan telah masuk sepuluh awal Zulhijjah), maka janganlah dia memotong apa-apa rambut atau kukunya SEHINGGALAH sampai korban dilaksanakan"
( Muslim, 3/39 )

Justeru, majoriti ulama dari mazhab Maliki, Syafie dan sebahagian Hanbali menyatakan makruh hukumnya bagi melanggarnya.

Bagaimanapun ia tiadalah termasuk dalam kategori haram kerana Aisyah r.a pernah meriwayatkan bahawa beliau pernah menempah (menandakan dan membeli binatang) dan diniatkan untuk dilakukan Qurban, dan Aisyah r.a menyebutkan, tiadalah Nabi SAW mengharamkan apa-apa (semasa menunggu masa untuk menyembelih) sehinggalah sampai waktu sembelihan. Hadis tersebut adalah sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Oleh itu, adalah dibenarkan untuk memotong kuku jika ia boleh mengganggu kesempurnaan wudhu dan lain-lain kewajiban.

Surah Al-Haj, Ayat 37
 
 
Maksudnya :
 
"Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya. "
 
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...