Monday, September 17, 2012

MALAM AIDILFITRI DI MTCJ



Hadir majlis Sambutan Aidilfitri Masjid Taman Cheras Jaya (MTCJ) pada 16 September 2012, selepas solat Isyak di perkarangan masjid. Dimajlis ini juga, meraikan 10 bakal haji dan hajjah kariah MTCJ. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti kata alu-aluan Nazir Masjid, Tuan Hj. Azman Idris. Konsep majlis ini, pihak masjid menjemput persatuan-persatuan penduduk, NGO, UKK, Rukun Tetangga dan Surau-surau menyediakan juadah dan makanan untuk jamuan ini. Pihak Masjid menyediakan empat ekor kambing panggang. Majlis ini diserikan lagi dengan alunan nasyid daripada KAFA, Hadrah MTCJ dan pertunjukan seni silat olahraga dari SK Taming Jaya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...