Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2012

JUMPA AZHAR YUSOF DI AL-RAWSHA

  23 Septemebr 2012, Kali ini dapat juga bertemu sahabat lama, Azhar Yusof sejak bertemu di alam maya beberapa bulan lalu. Pertemuan ini diadakan di Restoran Al-Rawsha di Kg. Pandan, Kuala Lumpur. Kami tidak bertemu sejak tamat persekolahan kira-kira 30 tahun lalu. Turut hadir bersama Tuan Hj. Ramlan Said. Semoga persahabatan kita berkekalan.

JAMUAN HARI RAYA DI IBUPEJABAT JPPH

    Ibupejabat JPPH telah mengadakan Jamuan Hari Raya 2012 pada hari Jumaat 14 September 2012. Pelbagai gerai daripada setiap bahagian dan persatuan menyediakan juadah makanan seperti Nasi Arab, Mee/Meehoon Sup Tulang, Soto Ayam, Roti Jala Kuah Durian, Sate, Nasi Empit Kuah lodeh dan bermacam-macam buah-buahan. 

MALAM AIDILFITRI DI MTCJ

Hadir majlis Sambutan Aidilfitri Masjid Taman Cheras Jaya (MTCJ) pada 16 September 2012, selepas solat Isyak di perkarangan masjid. Dimajlis ini juga, meraikan 10 bakal haji dan hajjah kariah MTCJ. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti kata alu-aluan Nazir Masjid, Tuan Hj. Azman Idris. Konsep majlis ini, pihak masjid menjemput persatuan-persatuan penduduk, NGO, UKK, Rukun Tetangga dan Surau-surau menyediakan juadah dan makanan untuk jamuan ini. Pihak Masjid menyediakan empat ekor kambing panggang. Majlis ini diserikan lagi dengan alunan nasyid daripada KAFA, Hadrah MTCJ dan pertunjukan seni silat olahraga dari SK Taming Jaya.

HADIR MAJLIS PERKAHWIAN 16 SEP 2012

Ahad 16 September 2012, dapat hadir dua majlis perkahwinan. 1. Perkahwinan Anak Hj. Arshad di Fasa 1, Taman Cheras Jaya . 2. Perkahwinan Anak Perempuan Puan Hajjah NorMazliana di Kota Seriemas, Nilai Semoga dua pasangan pengantin berbahagia hingga ke akhir hayat.

Sambutan Aidilfitri PPPBCJ 2012

Hadir Majlis Sambutan Aidifitri PPPBCJ 2012 pada 15 September 2012 di Padang Permainan Fasa 2B, Taman Cheras Jaya. Majlis diadakan sebelah malam bermula jam 8.00 malam.

LAWATAN RASMI PUTERA WILLIAM KE MALAYSIA

13 September 2012, Pasangan Diraja Britain, Putera William dan isteri, Catherine (Duke dan Duchess of Cambridge) membuat lawatan rasmi empat hari ke Malaysia. Malaysia adalah destinasi kedua selepas Singapura dalam lawatan selama sembilan hari pasangan diraja itu, ke negara Asia Tenggara dan Asia Pasifik bagi mewakili Ratu Elizabeth II bersempena sambutan 60 tahun pemerintahan baginda. Sepanjang lawatan ke negara ini, pasangan diraja itu akan melawat Hospis Malaysia, pertubuhan amal yang menawarkan penjagaan paliatif profesional kepada pesakit menghidap penyakit hayat terhad, Taman KLCC dan Lembah Danum, hutan hujan tropika utama, di Sabah. Mereka dijadual berangkat ke Kepulauan Solomon pada Ahad, untuk meneruskan lawatan.

JAMUAN RAYA BTM JPPH 2012

       

World's Tallest Mohawk

  Pereka Fesyen Jepun, Kazuhiro Watanabe memegang rekod dunia bagi "Tallest Mohawk." Menurut  Guinness World Records , Mohawk Watanabe boleh berdiri pada ketinggian 3 kaki 8.6 inci. Beliau mengambil masa selama 15 tahun untuk menjaga dan membela mohawknya. Gambar-gambar tersebut diambil ketika sidang media pelancaran buku Guinness World Records edisi 2013 di New York pada 12 September, 2012.

HADIR MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI DI PAID

  9 September 2012 - Hadir majlis Sambutan Aidilfitri di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID), Hulu Langat bersama-sama dengan AJK Masjid Taman Cheras Jaya.

BICARA : MENGAPA UMMAH BERPECAH

Bicara di TV Al-Hijrah pada 3 September 2012. Tajuk : MENGAPA UMMAH BERPECAH. Panel :  1. Dato' Dr. Hassan Ali 2. Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainal Abidin Fasilitator : Amin Idris

Lepak di R&R Awan Besar

Pada malam merdeka 30 Ogos 2012, lepak bersama-sama member-member Jalan Omar (Kluang, Johor), Moore, Aub, Zam dan Nordin di Tempat Rehat R & R Awan Besar di Lebuhraya KESAS hala ke Shah Alam. Kami perkena Sate Hj. Samsuri.