Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2011

MAJLIS PERDANA PERKHIDMATAN AWAM KEDUA BELAS (MAPPA XII)

Teks Ucapan Dato' Seri Mohd Najib..(sila klik) PUTRAJAYA, 22 Mac 2011 -- Penjawat awam perlu berani menilai dan mengkaji semula amalan-amalan pada masa kini sebagai usaha untuk melakukan penambahbaikan untuk meningkatkan sistem penyampaiannya, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri berkata ini termasuk melihat kembali sistem dan prosedur kerja sedia ada, undang-undang dan peraturan yang diguna pakai, peralatan dan kelengkapan yang digunakan serta tahap kemahiran anggota organisasi yang melaksanakan tugas.

Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa ke3, 2011

Pesta Belon Udara Panas Ketiga 2011 yang berlangsung bermula semalam sehingga Ahad ini dijangka akan menarik ramai pengunjung ke Putrajaya,

Lee Chong Wei Juara All England 2011

14 Mac 2011 -Perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei membenam musuh ketatnya Lin Dan dari China untuk mempertahankan kejuaraan perseorangan lelaki Kejohanan All-England di Birmingham, England.

Tsunami Jepun berlaku selepas saintis beri amaran

LONDON - Tsunami yang melanda pantai timur Jepun berlaku dua hari  selepas beberapa saintis memberi amaran mengenai pergerakan bulan yang  boleh menyebabkan bencana alam di Bumi, lapor sebuah akhbar semalam. Pergerakan bulan itu yang digelar adi bulan, diramalkan berlaku pada  19 Mac 2011 ini apabila bulan berada paling rapat dengan Bumi sejak tahun  1992. Ketika itu, jarak bulan dan Bumi sekitar 354,507 kilometer berbanding 384,403 kilometer pada hari-hari biasa.

Pameran Ulangtahun ke-78 Tentera Darat Malaysia di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Setiap tahun tanggal 1 Mac merupakan satu tarikh bersejarah kepada seluruh warga Tentera Darat Malaysia. Bermula dengan penubuhan 1 kompeni percubaan pada 1 Mac 1933 maka kini Tentera Darat berbangga dan terus yakin pada usia 78 tahun untuk terus berbakti kepada Negara tercinta tanpa mengira kepentingan diri.

Ya ALLAH, kurniakanlah ketenangan kepada kami!

Dipetik dari ceramah oleh Dr. MAZA bertajuk 'Mencari Sakinah', semoga kita semua mendapat manfaat bersama. Insyaallah.