Sunday, November 13, 2011

Majlis Perkahwinan Farhana


12 Nov 2011, Aku turun ke Kluang bersama Norzam untuk menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Puan Ruzila Ariffin (Rozie) di Taman Kopketa, Kluang, Johor. Sepanjang perjalanan kami, hujan turun tidak henti-henti, rasanya sehari suntuk hujan. Kami sampai Kluang lebih kurang 2.15 petang. Sebelum ke rumah Roziea, kami bertemu Rashid, beliau lah membawa dan menunjukkan arah jalan ke rumah Rozie. Rumah Rozie terletak lebih kurang 9 km dari Pusat Bandar Kluang iaitu jalan menuju ke Kota Tinggi.



Saya dapat juga bertemu kawan-kawan sekolah STK. Selepas majlis ini, saya dan Zam singgah sebentar ke rumah Rashid. dan selepas kami keluar perkena teh tarik dan pisang goreng di gerai di Yap Tau Sah dan balik ke KL.


Tahniah Rozie kerana mendapat menantu. Semoga ikatan perkhwinan anak perempuan Rosie, Farhana kekal sehingga ke akhir hayat.


.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...