Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2011

TIMUR BERTEMU SELATAN

29 November 2011 . " Timur Bertemu Selatan " adalah tema restoran Zee Zee Cafe & Catering yang bermaksud masakan timur dihidang bersama masakan selatan iaitu menu istimewa restoran ini, Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah dan Asam Pedas Istimewa. Restoran ini terletak di D-19-GA, Jalan Prima Saujana 2/f Seksyen 2, Taman Prima Saujana, Kajang, Selangor.  Masakan Asam Pedas memang sedap. Terdapat dua jenis ikan digunakan dalam masakan asam pedas ini iatu ikan Merah dan ikan Pari. Harga Asam Pedas bergantung pada harga pasaran ikan tersebut. Ini merupakan kali kedua aku menikmati makanan tengahari disini bersama dua anak lelaki ku. Kami makan makanan menu istimewa itu bersama air Epal Asam Boi, Longan dan Sirap Bandung. Restoran ini juga merupakan salah satu tempat yang dikunjungi oleh Team Program TV3 iaitu Jom Jalan-jalan Cari Makan .

Salam Awal Muharam Dan Maal Hijrah 1433 H

. . Doa Akhir Tahun Maksudnya: Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang

Penutupan Istana Negara (Lama)

Tinggal sejarah, hari ini 15-11-2011, penutupan rasmi Istana Negara (lama) bagi bersemayam Yang Diperuan Agong. Majlis penuh istiadat itu bermula jam 9 pagi dengan perarakan masuk anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) diiringi pasukan pancaragam pusat RAMD. Kumpulan penurun bendera terdiri daripada 10 anggota RAMD kemudian menurunkan Bendera Peribadi Yang di-Pertuan Agong sambil diperdengarkan tiupan paluan akhir yang bertujuan memaklumkan bahawa Istana Negara akan berpindah ke Istana Negara di Jalan Duta.  Istiadat diteruskan dengan perarakan kumpulan penurun bendera bersama pasukan istiadat berkuda ke pintu masuk utama istana bagi menyerahkan bendera berkenaan kepada Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Tengku Farok Husin Tengku Abdul Jalil, mewakili pihak Istana Negara menandakan berakhirnya penugasan di Istana Negara. Sebagai simbol penutupan bangunan yang tersergam indah dan ditandai dua kubah emas itu, Tengku Farok Husin kemudiannya meng

Makan Tengahari di Heritage Cafe, Kajang

14 Nov 2011 - Makan tengahari bersamaa anak-anakku, Syafiqah dan Zahid di restoran yang baru dibuka di Kajang, Heritage Cafe . Ia terletak di sebelahan Menara MPKj dan bertentangan dengan Komplek Mahkamah Kajang. Nasi Goreng Kampung Nasi Goreng Seafood Nasi Goreng Papprik Telur Dadar Kami order NASI GORENG KAMPUNG, NASI GORENG PAPPRIK, NASI GORENG SEAFOOD dan TELUR DADAR. Rasa masakan disini, kami rasa biasa cuma hiasannya menarik. Harga sesuai dengan suasana restoran. Sebenarnya menu utama di Cafe ini adalah Ikan Bakar, mungkin suatu masa nanti kami cuba pula IKAN BAKAR. Jalan-jalan Cari Makan musim cuti sekolah.

Majlis Perkahwinan Farhana

12 Nov 2011, Aku turun ke Kluang bersama Norzam untuk menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Puan Ruzila Ariffin (Rozie) di Taman Kopketa, Kluang, Johor. Sepanjang perjalanan kami, hujan turun tidak henti-henti, rasanya sehari suntuk hujan. Kami sampai Kluang lebih kurang 2.15 petang. Sebelum ke rumah Roziea, kami bertemu Rashid, beliau lah membawa dan menunjukkan arah jalan ke rumah Rozie. Rumah Rozie terletak lebih kurang 9 km dari Pusat Bandar Kluang iaitu jalan menuju ke Kota Tinggi. Saya dapat juga bertemu kawan-kawan sekolah STK. Selepas majlis ini, saya dan Zam singgah sebentar ke rumah Rashid. dan selepas kami keluar perkena teh tarik dan pisang goreng di gerai di Yap Tau Sah dan balik ke KL. Tahniah Rozie kerana mendapat menantu. Semoga ikatan perkhwinan anak perempuan Rosie, Farhana kekal sehingga ke akhir hayat. .

Majlis Qurban dan Aqiqah MTCJ 1432H

16 Nov. 2011 - Tahun ini merupakan kali kedua aku serta keluarga tidak pulang berhari raya di kampung. Selepas solat sunat aidiladha, aku berkesempatan hadir pada majlis qurban dan aqiqah, Masjid Taman Cheras Jaya. Sebanyak 10 ekor lembu telah disembelih iaitu 9 ekor lembu qurban dan seekor untuk jamuan bagi petugas dan orang ramai yang berkunjung ke masjid yang disumbangkan oleh JAIS. Klip Video

KARNIVAL JEMPUTAN BOWLING PPPBCJ 2011

Persatuan Penduduk Pusat Bandar Cheras Jaya (PPPBCJ) telah mngadakan karnival ini pada 30 Oktober 2011 di Ampang SuperBowl, Komplek Metro Point, Kajang. Penyanyi : Adzarina Adzhar Lagu : Pujaan Malaya