Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2011

Makan-makan di Tirai Ratus

Pada petang hari Ahad 23 Oktober 2011, aku ingin memperkenalkan restoran kawanku, Mohamad Fauzi Lazim kepada familiku. Restorannya ialah Restoran Tirai Ratus, terletak Seksyen 3 di Shah Alam.  Kalau tak silap restoran ini dibuka pada bulan Februari tahun lepas. Menu  popular di Restoran Tirai Ratus adalah Nasi Briyani. Kami bertolak jam 3.00 petang dari rumah, lebih kurang 45 minit kami sampai restoran tersebut. Kami order Nasi Briyani, Mee Tirai, Mes Rabus dan Nasi Goreng Kampung. Masakannya sedap dan harganya pun berpatutan. Boleh cuba. Walau bagaimana pun kami tidak dapat berjumpa beliau kerana beliau ada urusan lain.

Manchester City MENANG BESAR..

23 Oktober 2011 : OLD TRAFFORD - David Silva pemain Manchester City mengawal bola dari dirampas Rio Ferdinand (tengah) dan Wayne Rooney (kanan) pemain Manchester United dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris semalam. Manchester City menang 6-1 mengalahkan Manchester United hasil jaringan daripada Mario Balotelli (22, 60), Sergio Auero (69), Edin Dzeko (89, 90) dan Davil Silva (90) manakala gol Manchester United dijaringkan oleh Darren Fletcher (81). Manchester United terpaksa beraksi 10 orang bermula minit ke-48 kerana Jonathan Evans mengasari Mario Baletolli dan menerima kad merah diperintah keluar padang oleh pengadil.

BAJET 2012 : Pengiktirafan sokongan penjawat awam dalam pembangunan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah membentangkan Bajet 2012 bagi meneruskan agenda transformasi nasional yang mengambil kira kebajikan segenap lapisan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana tanpa mengetepikan strategi untuk membangunkan negara. Bertemakan Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara, Bajet 2012 yang merupakan bajet kedua dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), kata Najib, bakal menjadi pemacu untuk mencapai Wawasan 2020 dan matlamat negara berpendapatan tinggi. Beliau yang juga Menteri Kewangan dengan itu menggariskan lima fokus utama yang akan diberi penekanan di bawah Bajet 2012 iaitu meligat pelaburan; mengungguli modal insan; transformasi luar bandar; memperkejap perkhidmatan awam; serta meredakan inflasi dan mengimarah kehidupan rakyat. Kira-kira 1.2 juta penjawat awam bakal menerima kenaikan gaji antara tujuh hingga 13 peratus mulai tahun depan apabila perkara itu diumumkan oleh P