Tuesday, August 9, 2011

TIDUR BUKAN SEKADAR MEMEJAMKAN MATA


Tidur merupakan fitrah manusia bagi menghilangkan rasa mengantuk, menghasilkan kecergasan dan merehatkan minda, fizikal dan mental. Masa yang diperuntukan untuk tidur sekurang-kurangnya 6 jam yakni ¼ daripada umur kita. Ertinya jika kita hidup 40 tahun, 10 tahun telah dihabiskan untuk tidur.

Adab dan amalan yang baik sebelum tidur :

Pertama : Sebelum tidur hendaklah kita niatkan untuk mendapat kerehatan, agar kita dapat bangun untuk solat Subuh pada hari keesokkannya.

Kedua : Tidurlah dalam keadaan berwudhu. Air wudhuk itu akan menyejukkan hati kita, merehatkan emosi kita dan menstabilkan fikiran kita.

Ketiga : Tidur berbaring pada sisi kanan.

Keempat : Meniup kedua telapak tangan sambil membaca surat Al Ikhlas, surat Al Falaq dan surat An Naas, masing-masing sekali. Setelah itu mengusap kedua tangan tersebut ke wajah dan bagian tubuh yang dapat dijangkau. Hal ini dilakukan sebanyak tiga kali.

Kelima : Membaca Ayat Kursi sebelum tidur.


Keenam : Membaca do’a sebelum tidur “ بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ  (bismikallahumma ahya wa amutu)” ertinya Segala puji Allah yang menghidupkan dan mematikan daku.

Ketujuh : Tidur di awal malam jika tidak ada kepentingan yang bermanfaat.

Kemudian tidurlah dengan baik, seeloknya mengiring dengan pipi mengiring ke kanan dan muka menghadap kiblat. Kalau terlentang, letakkan kaki kanan di atas kaki kiri. Itu sebelum atau awal-awal nak tidur... dan apabila sudah tidur tentulah gaya bebas (kita tidak ingat apa-apa lagi). Tapi, elakkan daripada tidur meniarap, Rasulullah melarang sahabatnya tidur meniarap kerana itu gaya tidur ahli neraka.

.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...