Wednesday, August 24, 2011

Ihya’ Ramadhan DYMM Sultan Selangor Bersama Rakyat di Masjid Taman Cheras Jaya


23 Ogos 2011.  DYMM Sultan Selangor telah sudi berkenan menyampaikan bantuan zakat kepada 398 fakir miskin, mualaf dan anak yatim kariah Hulu Langat di Majlis Berbuka Puasa DYMM Sultan Selangor Bersama Rakyat di Masjid Taman Cheras Jaya.

Kesemuannya menerima sumbangan berupa wang tunai RM300 untuk golongan fakir miskin dan mualaf serta RM100 bagi anak yatim sempena menyambut Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri.

Ini merupakan kali kedua baginda hadir di Masjid Taman Cheras Jaya. Kali pertama  baginda datang pada April 2010 kerana merasmikan masjid. Baginda telah meluangkan masa sehingga selesai Solat Tarawih dan Solat Witir.  Baginda berangkat pulang selepas menikmati Jamuan Moreh iaitu lebih kurang jam 11.00 malam.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...