Sunday, June 26, 2011

Gelanggang Maharaja Lawak Akhir 2011


Maharaja Lawak Akhir telah diadakan pada 24 Jun 2011 di Stadium Melawati, Shah Alam. Ramai yang meramalkan Jozan mahupun Sepah mempunyai peluang yang lebih besar berbandingan Nabil dan Jambu. Jika diimbas kembali video-video rakaman Maharaja Lawak yang lepas, Sepah mempunyai persembahan yang konsisten dan lawaknya adalah lebih kepada kemasyarakatan @ memberikan masej yang menarik kepada pada penonton.


Tanpa dijangka kumpulan Sepah yang dianggotai oleh Mohd Noor Murad, Shahmira Muhammad dan Mohd Nazdri Zainal Abidin, muncul juara pertandingan akhir Maharaja Lawak.


Sebelum ini kumpulan lebih popular iaitu Jozan dan juga Jambu dilihat lebih menonjol dan disebut-sebut akan menjuarai Maharaja Lawak yang pertama kali diadakan menghimpunkan pemenang dan pelawak popular yang bakat mereka dicungkil dari rancangan Raja Lawak terbitan Astro.


Peringkat awal sewaktu pengumuman undian SMS penonton setia, mewakili 50 peratus permarkahan menunjukkan Jozan mempunyai kelebihan apabila mendahului dengan 34 peratus sementara kumpulan Sepah berada di tangga kedua dengan 28 peratus diikuti Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil (25 peratus) dan Jambu hanya memperoleh 13 peratus.


Persembahan yang menarik dan bersahaja, melayakkan kumpulan Sepah dijulang sebagai juara sulung Maharaja Lawak dan berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM350,000 dan trofi. Sepah menewaskan Jozan dianggotai Johan dan Zizan, Nabil dan kumpulan Jambu dianggotai Yusry Edoo (Yus) dan Zamaratul Amri Zakaria (Taukeh). 


Gelaran naib juara pula menjadi milik kumpulan Jozan yang turut memberikan persembahan mencuit hati sekali gus memenangi wang tunai sebanyak RM250,000 beserta trofi. Meskipun disebut-sebut akan memberikan saingan hebat pada pertandingan akhir itu, namun Nabil hanya mampu berpuas hati dengan kedudukan tempat ketiga. Namun begitu, juara Raja Lawak musim kedua itu tidak pulang dengan tangan kosong apabila wang tunai RM150,000 dan sebuah trofi menjadi hak miliknya. Sementara itu, tempat keempat dimenangi kumpulan Jambu yang memenangi RM50,000 dan trofi.

Kesemua persembahan yang bertemakan bebas dan muzikal itu telah diadili oleh tiga juri tetap iaitu Mamat Khalid, Ahmad Idham dan Saiful Apek yang mewakili 50 peratus. Selebihnya adalah menerusi undian khidmat pesanan ringkas. Maharaja Lawak Astro yang julung kali diterbitkan menghimpunkan bekas juara dan finalis program Raja Lawak dari musim pertama hingga kelima. Persembahan ditampilkan Sepah sewaktu pusingan pertama dengan tema bebas dan kedua, muzikal berjaya mencuit hati penonton bukan saja di dalam stadium tetapi juga di rumah.

Video persembahan SEPAH:

Tugasan 1 : Bebas




Tugasan 2 : Muzikal

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...