Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2011

Hoverbike : Motosikal Terbang Pertama Di Dunia

SYDNEY - Seorang bekas juruterbang helikopter, Chris Malloy, 32 mencipta sebuah motosikal terbang yang pertama di dunia di dalam garaj miliknya di sini. Dia mencipta motorsikal seberat 270 kilogram itu dengan menggunakan bingkai udara carbon-fiber dan sebuah enjin kereta BMW. Motorsikal ini dikenali juga sebagai Hoverbike .

Kenangan melancong ke China 2011

Isra' dan Mikraj : Ceramah Dr. M. Asri (2008)

Bahagian 1 Bahagian 2

Lee Chong Wei Juara Terbuka Indonesia 2011

Datuk Lee Chong Wei bukan sekadar merangkul gelaran Siri Super Terbuka Indonesia buat kali keempat, bahkan pemain badminton No. 1 dunia itu mempamerkan kesempurnaan apabila tidak melepaskan walau satu set pun pada kejohanan tersebut selepas perlawanan akhir di Stadium Istora Senayan, Jakarta, semalam (26 Jun 2011).

Gelanggang Maharaja Lawak Akhir 2011

Maharaja Lawak Akhir telah diadakan pada 24 Jun 2011 di Stadium Melawati, Shah Alam. Ramai yang meramalkan Jozan mahupun Sepah mempunyai peluang yang lebih besar berbandingan Nabil dan Jambu. Jika diimbas kembali video-video rakaman Maharaja Lawak yang lepas, Sepah mempunyai persembahan yang konsisten dan lawaknya adalah lebih kepada kemasyarakatan @ memberikan masej yang menarik kepada pada penonton.

Melancong ke China - Hari Ketujuh

Hari 07 ( 8 Jun 2011 ) SHANGHAI-KUALA LUMPUR Melancong ke China - Am ( klik ) Hari ini merupakan hari terakhir kami di Negara China. Kami akan berangkat pulang ke Malaysia. Malam tadi kami semua terpaksa tidur lewat, mengemas barang dan pakaian ke dalam beg. Hari juga kami terpaksa bangun seawal jam 4.00 pagi, menyiapkan diri seterusnya berkumpul di lobi hotel jam 5.00 pagi. Kami dibekalkan sarapan dengan roti dan buah epal. Setelah semua check-out, memasukkan semua beg dan barang-barang ke dalam bas, lebih kurang jam 5.30 pagi, bas pun bertolak  menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong, Shanghai. Perjalanan ke lapangan terbang mengambil masa lebih kurang 40 minit. Kami terpaksa bertolak awal kerana dikhuatiri akan sesak semasa penduduk Shanghai bergegas ke tempat kerja. Lapangan Terbang Pudong, Shanghai Kami tiba di lapangan terbang jam 6.05 pagi. Hari dah pun cerah, maklumlah ketika ini waktu terbit matahari di Shanghai pada jam 4.48 pagi. Kami pun mengangkat beg dan bara

Melancong ke China - Hari Keenam

Hari 06 ( 7 Jun 2011 ) SHANGHAI            Melancong ke China ( klik ) Hari ini merupakan hari yang keenam dalam acara lawatan ke China. Malam tadi merupakan malam pertama kami bermalam di Shanghai. Kami menginap di Holiday Inn Hotel. Kemudahan dan bilik penginapan hotel ini begitu selesa. Kali ini kami bersarapan di hotel dengan roti dan telur separuh masak sahaja. Kami ada pilihan minuman selain teh cina iaitu minuman jus, kopi dan teh biasa. Selepas sarapan kami berkumpul diperkarangan hotel untuk tunggu bas yang akan membawa kami melawat tempat-tempat yang telah diaturkan. Fresh Water Pearl Center Lawatan pertama kami pusat muatiara terkenal di Shanghai Friendship Plaza iaitu Fresh Water Pearl Center. Setibanya kami disini, diberi penerangan berkaitan mutiara serta kegunaan mutiara sebagai bahan perhiasan dan krim kesihatan. Mutiara  ini diambil dalam tiram-tiram yang dibela dalam kolam air yang bersih. Untuk mendapat mutiara yang bermutu, tiram yang cukup matang baru