Wednesday, May 18, 2011

Hi-Tea Bersama exSTK


17 Mei 2011. Satu majlis Hi-Tea bersama rakan-rakan bekas sekolah Sekolah Tinggi Kluang (STK) di Kelab Rekreasi Tentera Utara (KRTU). Majlis ini bermula jam 3.00 petang dan berakhir jam 6.30. Majlis ini telah dirancang dan diatur oleh Tuan Haji Kamarulzaman dan Puan Rosemah sebagai penganjur. Kira-kira 42 orang kawan menghadiri majlis ini bersama-sama keluarga dimana mereka terdiri dari Batch SPM 1979 hingga SPM Batch 1989. Turut hadir dua orang bekas guru iaitu Tuan Haji Sudir dan Tuan Syed Hassan.




Walau pun acara tidak banyak namun kecerian nampak terserlah apabila masing-masing dapat bertemu kawan-kawan sekolah dahulu. Perjumpaan ini juga mengimbau kembali kenangan dizaman sekolah yang mengembalikan cerita-cerita lama 25-30 tahun yang lampau. Majlis ini berjaya menyatukan kembali murid-murid bekas STK. Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada penganjur, diharap kita dapat mengadakan lagi program seumpana ini yang lebih teratur dan lebih baik dengan penglibatan lebih ramai kawan-kawan.

Tahniah, Syabas...kamu semua HEBAT exSTK.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...