Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2011

Perkahwinan gilang-gemilang : Prince William dan Kate Middleton

LONDON: Putera William dan Kate Middleton menerima hadiah perkahwinan diraja pertama mereka daripada Ratu Elizabeth semalam iaitu gelaran Duke and Duchess of Cambridge.  Istana Buckingham berkata, bahawa William kini secara rasmi bergelar His Royal Highness The Duke of Cambridge manakala isterinya, Catherine Middleton bergelar Her Royal Highness The Duchess of Cambridge. 

Piramid jadi panduan

Pengambilan makanan harian mengikut keperluan dan bukannya berasaskan selera. PEMAKANAN yang baik semasa kanak-kanak penting untuk menyokong keperluan anak anda yang sedang membesar. Di samping menambahkan ketinggian dan berat badan, anak-anak juga sangat aktif secara fizikal. Mereka memerlukan tenaga dan nutrien yang mencukupi untuk tumbesaran, memelihara fungsi tubuh dan kesihatan keseluruhan.

Ketenangan Perth gamit pelancong

Terletak di Australia Barat, Perth yang diasaskan pada 11 Jun 1829 oleh kapten James Stirling tidaklah sehebat Sydney dan Melbourne. Ia dianggap bandar yang tenang dan damai, malah kegiatan penduduknya perlahan, dengan kawasan metropolitannya di barat daya benua iaitu di antara Lautan Hindi. Namun, ketenangan inilah yang menarik minat ribuan pelancong untuk berkunjung ke Perth, termasuk dari Malaysia saban tahun.

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010

Shaheizy Sam - Artis Paling Popular Sam yang meraih undian sebanyak 126,128 daripada pembaca akhbar Berita Harian dengan ini telah berjaya merangkul hadiah keseluruhan bernilai RM310,000, iaitu kenderaan Nissan Teana 2.0 berharga RM133,400 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, aksesori mutiara putih koleksi Primadona Klasik tajaan Rafflesia/Mandalay bernilai RM180,000 serta hadiah iringan dan trofi.