Saturday, March 12, 2011

Tsunami Jepun berlaku selepas saintis beri amaran


LONDON - Tsunami yang melanda pantai timur Jepun berlaku dua hari  selepas beberapa saintis memberi amaran mengenai pergerakan bulan yang  boleh menyebabkan bencana alam di Bumi, lapor sebuah akhbar semalam.

Pergerakan bulan itu yang digelar adi bulan, diramalkan berlaku pada  19 Mac 2011 ini apabila bulan berada paling rapat dengan Bumi sejak tahun  1992.

Ketika itu, jarak bulan dan Bumi sekitar 354,507 kilometer berbanding 384,403 kilometer pada hari-hari biasa.




Pada kedudukan tersebut, daya graviti bulan adalah sangat kuat dan  dikhuatiri boleh mencetuskan bencana alam seperti gempa bumi, tsunami  dan letusan gunung berapi. Ahli astronomi Amerika Syarikat (AS) Richard  Nolle percaya pergerakan bulan itu mencetuskan bencana di Bumi.


"Fenomena itu memiliki kaitan sejarah dengan ribut kencang, air  pasang besar dan gempa bumi," katanya dalam satu wawancara dengan stesen  ABC minggu ini.

Fenomena itu pernah berlaku pada 1955, 1974, 1992 dan 2005. Bencana  tsunami yang menyebabkan 200,000 orang di Indonesia terbunuh itu melanda  dua minggu sebelum fenomena bulan berada dekat dengan Bumi pada Januari  2005. - Agensi





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...