Friday, March 18, 2011

Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa ke3, 2011



Pesta Belon Udara Panas Ketiga 2011 yang berlangsung bermula semalam sehingga Ahad ini dijangka akan menarik ramai pengunjung ke Putrajaya,



Pertunjukan diadakan di kawasan letak kereta Monumen Alaf Baru, Presint 2 dekat sini menampilkan 27 belon membabitkan 14 negara termasuk Belgium, Switzerland, Belanda, Amerika Syarikat, Jepun, Hong Kong, Thailand dan Vietnam. Belon karakter kartun terkenal dari Jepun, Doraemon buat pertama kali ditampilkan dalam pesta ini sekali gus mencuri tumpuan pengunjung yang hadir.


Pihak penganjur menyediakan sebanyak lima belon khas kepada orang ramai yang ingin merasai pengalaman menarik menaiki belon panas, iaitu pada jam 8 pagi hingga 11 pagi dan pada jam 6 petang hingga 9 malam pada harga RM10 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak. Anda akan hanya menikmati menaiki belon panas secara vertical (menegak) dan turun semula ke bawah untuk tempoh waktu yang sekejap sahaja. Sesiapa yang berminat, perlu datang awal ke tapak pesta untuk mendapatkan tiket dan bersedia untuk beratur sepanjang.


Selain daripada pertunjukan Belon Udara Panas ini, beberapa acara sampingan disediakan untuk pengunjung seperti beberapa pertandingan, menaiki belon udara panas, pertunjukan aksi paramotor, pertunjukan permainan aircraft kawalan jauh dan layang-layang, menaiki helikopter, permainan outdoor untuk kanak-kanak, permainan aktiviti lasak dan beberapa gerai yang menjual pelbagai jualan.


Beberapa Belon Udara Panas yang menyertai pesta ini.



-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...