Monday, March 7, 2011

Pameran Ulangtahun ke-78 Tentera Darat Malaysia di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur


Setiap tahun tanggal 1 Mac merupakan satu tarikh bersejarah kepada seluruh warga Tentera Darat Malaysia. Bermula dengan penubuhan 1 kompeni percubaan pada 1 Mac 1933 maka kini Tentera Darat berbangga dan terus yakin pada usia 78 tahun untuk terus berbakti kepada Negara tercinta tanpa mengira kepentingan diri.




1 Angkatan : Tetap Gagah Tetap Setia, itulah slogan sempena Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke-78. Slogan tersebut secara rasminya diisthiharkan semasa Acara Perbarisan Pembaca Perutusan Hari Ulang Tahun Tentera Ke-78 yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Dato’ Sri Zulkifeli bin Mohd Zin di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur. Tema ini terpilih kerana ia terdiri dari dua komponen iaitu visi organisasi yang diketengahkan melalui kenyataan 1 Angkatan. Manakala nilai-nilai utama yang dizahirkan Untuk mencapai visi ini dicerminkan melalui komitmen Tetap Gagah Tetap Setia.



Pada tahun ini julung-julung kalinya Tentera Darat Malaysia menganjurkan satu acara yang dibuka kepada orang ramai. Hari Terbuka TD akan diadakan pada 4 hingga 6 Mac 2011 bertempat di Dataran Merdeka. Pelbagai acara menarik seperti pameran dari 16 Kor di dalam TD  dipamerkan termasuk peralatan. Selain itu pertunjukkan kepakaran turut diadakan.



Saya bersama anak lelaki berpeluang melawat pameran diadakan di Dataran Merdeka. Kami sempat mencuba dan mengayakan  beberapa senjata yang digunakan oleh Pasukan Tentera Darat.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...