Sunday, January 2, 2011

I-City Taman Cahaya Lampu


Pada Hari pertama tahun 2011, 01-01-2011, saya sekeluarga pergi melawat Taman Cahaya Lampu I-City di Shah Alam. Lawatan ini merupakan penutup jalan-jalan bercuti 2010 sebelum musim persekolahan 2011 bermula. Kami memang berhajat benar ingin melihat dan menikmati suasana pesta cahaya yang sering diperkatakan orang ramai, senorok, best, dahsyat dan sebagainya.


Jam 10.15 malam, kami bertolak dari rumah kediaman dan tiba di susur keluar Lebuhraya Persekutuan, simpang empat Padang Jawa ke ITM Shah Alam dan I-City lebih kurang jam 11.00 malam. Begitu sesak untuk sampai ke tapak I-City. Mula-mula kami ingat orang Sha Alam, Padang Jawa pulang shopping di KL atau Ibubapa yang menghantar anak pulang ke ITM, rupanya mereka ini semua hendak menikmati suasana I-City. Bayaran masuk dikenakan sebanyak RM10.00. Lebih kurang 25 minit, kami menempuh jalan sesak untuk sampai dan masuk ke kawasan ini. Setelah kami parkir kereta, kami berjalan-jalan untuk menikmati keamatan cahaya lampu disini.


Kawasan taman I-City ini dibina tiang-tiang pokok ala pokok pine dimana daun-daunnya dihiasi dengan lampu-lampu berbagai warna cahaya. Ada beberapa tema terdapat disini, berkonsepkan Zoo, Lost World, Suasan Hari Krimas dan lain-lain lagi. Kami menghabiskan sejam jugaklah disini. Nak dikatakan senorok, tidaklah sangat tetapi kalau belum merasai, elok juga melawatnya. Setidak-tidaknya bila orang memperkatakan tentang I-City, kita boleh menyampok.


.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...