Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2011

Ana Raffali unggul : Keputusan AJL 25 Mengejutkan

Mengejutkan. Menghampakan. Itulah antara keluhan yang didengar daripada peminat dan rakan-rakan yang turut sama menyaksikan Anugerah Juara Lagu 25 (AJL 25)  di Stadium Bukit Jalil malam tadi.  Seakan-akan tidak percaya keputusan yang diumumkan. Malah penonton bertindak meninggalkan stadium tika nama Ana Raffali diumumkan sebagai Juara Lagu 25. Buat pertama kalinya pemenang di booo penonton. Biasanya peminat tunggu untuk dengar si juaranya membuat persembahan semula. Entah di mana silapnya sehingga rata-rata yang menonton tidak dapat menerima kenyataan Ana Raffali merangkul anugerah berprestij ini? Ketua juri, M. Nasir menjadi individu pertama dipersoal tika pemenang diumumkan, namun dia tetap yakin keputusan yang dibuat begitu tepat. Baginya lagu Tolong Ingatkan Aku mempunyai nilai kejujuran yang tinggi dan keputusan dilakukan dengan penuh kesedaran. "Tolong Ingatkan Aku lagu yang sensitif, personal dan simple. Itu yang kami cari sebenarnya. Mungkin lagu ini tidak popular da

SULTAN JOHOR - Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar - sepanjang Tahun 2010

Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar - SULTAN JOHOR Diputerakan pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah (HSA) merupakan putera sulung Almarhum Sultan Iskandar. 22-Nov 2010 -Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersama Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dan Tunku Ismail Ibrahim ketika hadir pada sambutan ulang tahun keputeraan baginda ke-52 di Istana Besar, Johor Bahru 4 Oktober 2010 - SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah pada majlis perasmian Seminar Khas Perlembagaan Persekutuan peringkat negeri Johor, di Persada, Johor Bahru. 15 September 2010 - Sultan Ibrahim memberi Duit Raya kepada kanak-kanak yang mengunjungi Rumah Terbuka Hari Raya beliau. 10 Ogos 2010 - SULTAN IBRAHIM menandatangani plak perasmian Majlis Daerah Kota Tinggi pada majlis Penutupan Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2010 di Kota Tinggi 8 Ogos 2010 - SULTAN Johor menghantar bola kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada perlawanan persahabatan

I-City Taman Cahaya Lampu

Pada Hari pertama tahun 2011, 01-01-2011, saya sekeluarga pergi melawat Taman Cahaya Lampu I-City di Shah Alam. Lawatan ini merupakan penutup jalan-jalan bercuti 2010 sebelum musim persekolahan 2011 bermula. Kami memang berhajat benar ingin melihat dan menikmati suasana pesta cahaya yang sering diperkatakan orang ramai, senorok, best, dahsyat dan sebagainya. Jam 10.15 malam, kami bertolak dari rumah kediaman dan tiba di susur keluar Lebuhraya Persekutuan, simpang empat Padang Jawa ke ITM Shah Alam dan I-City lebih kurang jam 11.00 malam. Begitu sesak untuk sampai ke tapak I-City. Mula-mula kami ingat orang Sha Alam, Padang Jawa pulang shopping di KL atau Ibubapa yang menghantar anak pulang ke ITM, rupanya mereka ini semua hendak menikmati suasana I-City. Bayaran masuk dikenakan sebanyak RM10.00. Lebih kurang 25 minit, kami menempuh jalan sesak untuk sampai dan masuk ke kawasan ini. Setelah kami parkir kereta, kami berjalan-jalan untuk menikmati keamatan cahaya lampu disini.