Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2010

Perkahwinan Ismazaimy Ibrahim

27 November 2010 - Menghadiri Perkahwinan Ismazaimy binti Ibrahim dengan pasangannya Hairul bin Hisam di Taman Meru, Ipoh. Isma adalah sepupu isteriku. Biasanya apabila balik ke kampung isteri ku di Parit, aku akan keluar lebuhraya melalui Tol Gopeng. Jarang benar aku keluar lebuhraya guna Tol Ipoh Utara. Dah nak jadi cerita, aku terpaksa pusing berpatah balik di Tol Kuala Kangsar. Sudah lama aku tidak keluar lebuhraya mengguna Tol Ipoh Utara. Lebuhraya disini telah banyak berubah. Dalam perjalananku dari Kuala Lumpur ke Ipoh, sepatutnya aku mesti susur keluar di Tol Ipoh Selatan dan menuju Tol Ipoh Utara untuk keluar ke Taman Meru. Tetapi aku tidak berbuat demikian, aku terus, apabila sampai di Tol Ipoh Utara, didapati jalan telah ditutup. Aku terpaksa meneruskan perjalanan dan berpatah-balik di Tol Kuala Kangsar. Selepas majlis perkahwinan ini, aku bersama isteri  bertolak menuju ke Tapah untuk singgah sebentar di rumah adik ipar ku, Nomazila yang baru bertukar tempat kerja ke

Lebih 340 maut dalam rempuhan rai festival air di Kemboja

PHNOM PENH: Lebih 340 orang maut manakala beratus lagi cedera akibat rempuhan di sebuah jambatan selepas orang ramai bersesak menyertai Festival Air di ibu negara Phnom Penh, lewat semalam. Berpuluh ambulans bergegas ke tempat kejadian apabila jutaan orang ramai termasuk pelancong asing yang memenuhi jambatan yang sempit memijak antara satu sama lain. Jambatan itu menghubungkan sebuah pulau kecil di antara Sungai Mekong dan Sugai Tonle Sap bagi menyambut perayaan tahunan terbesar itu. Perdana Menteri Hun Sen menyifatkan kejadian itu sebagai mimpi ngeri sejak negara itu diperintah regim kejam Khmer Rouge pada 1975 hingga 1979 apabila lebih suku daripada jumlah penduduk negara itu maut. “Ini adalah tragedi terbesar selepas rejim Pol Pot,” katanya dalam siaran langsung di televisyen. Beliau mengisytiharkan Kemboja cuti berkabung hari ini kerana tragedi yang menyayat hati itu. hari ini. “Saya ingin mengucapkan takziah bagi pihak keluarga dan sanak saudara mangsa yang terbunuh,&quo

Majlis Silaturahim dan Kesyukuran PPPBCJ

21 November 2010 , PPPBCJ telah mengadakan Majlis Silaturahim dan Kesyukuran bertempat dirumah Dato' Mustapa Yasin. Majlis ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim diantara ahli-ahli PPPBCJ. Pihak PPPBCJ telah mendapat sumbangan seekor lembu untuk tujuan ini daripada Encik David Teo, Pengarah Urusan Metrowealth. Acara majlis bermula jam 7.00pagi , gotong-royong untuk menyembelih dan melapah lembu. Lembu tersebut telah disembelih oleh Bilal Masjid Taman Cheras Jaya, Ustaz Haji Mohd Nasri dan dibantu oleh ahli-ahli PPPBCJ. Semua ahli-ahli telah bergotong-royong melapah, mengiris dan memotong serta membersih daging. Kerja-kerja ini siap lebih kurang 10.00pagi. Selepas itu, tukang masak serta ahli yang ditugaskan membantu memasak mengambilalih tugas untuk menyediakan makanan untuk jamuan tengahari. Jam 12.30tgh, masakan telah siap utnuk dijamukan. Selepas solat Zohor, majlis ini diberkati dengan bacaan tahlil dan doa kesyukuran dipimpin oleh Imam Fauzi. Semua ahli

Berkhatan atau Bersunat ; Kaedah ALISKLAMP

Dalil utama berkaitan 'Khatan' adalah خمس من الفطرة : الختان والإستحداد وتقليم الأظافر ونتف الإبط وقص الشارب Ertinya : Lima perkara fitrah : berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur), memendekkan misai . (Riwayat Muslim) 20 November 2010 . Pagi tadi jam 10.00am, anak lelaki ku, Muhammad Zaki telah dikhatankan di Klinik Rawatan Utama, Taman Cheras Jaya. Berkhatan ini telah disempurnakan oleh Dr Mohd Ali. Beliau menggunakan kaedah AlisKlamp . AlisKlamp merupakan sebuah alat berkhatan pakai buang, AlisKlamp dicipta oleh pasukan yang terdiri daripada pakar urologi, Dr. Vedat Ali Canoglu dan pakar berkhatan, Dr. Mustafa Demirelli. AlisKlamp terdiri daripada sebuah tiub polikarbonat lutsinar dan mekanisme penyepit plastik berwarna putih. Ia dipercayai mampu memberikan hasil estetik yang baik serta mempercepatkan proses penyembuhan. Selain itu, ia berupaya mengurangkan pelbagai komplikasi akibat prosedur berkhatan konvensional. ALISKLAM

Majlis Qurban Masjid Taman Cheras Jaya 1431H

Pada 17 November 2010, Masjid Taman Cheras Jaya (MTCJ) telah mengadakan majlis qurban. Sebanyak 10 ekor lembu, 2 ekor kambing dan seekor biri-biri telah diqurbankan oleh qariah masjid. Majlis ini diadakan sebaik sahaja selesai Solat Aidiladha. AJK, Pegawai Masjid serta ahli qariah berkerjasama melaksana ibadah qurban ini. Firman allah; Maksudnya; " Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu) . ” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2) Maksudnya ; “ Dan telah Kami (Allah) jadikan untuk kamu unta-unta itu sebagai syiar agama Allah. Kamu banyak memperoleh kebaikan daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya. ” ( Al-Haj ; 36)

Difference between "Wife" and "Girlfriend"

Gambar Hiasan Satu nota yang menarik dari catatan seseorang bergelar Acik Izan. Nota ini telah diilhamkan dan diposkan dalam Facebook pada jam 1.00 tengahari hari Rabu 17 November 2010. Berikut adalah catatan beliau : by Acik Izan on Wednesday, November 17, 2010 at 1:00pm Some people say : Wife is a HARIMAU ............... Girlfriend is HARI HARI MAU And some say: Wife is like TV, Girlfriend is like Handphone (HP) At home watch TV, Go out bring HP. No money, sell TV. Got money change HP. Sometimes enjoy TV but most of the time play with HP. TV free for life but HP, if you don't pay, the services will be terminated. TV is big, bulky and most of the time old but HP, is cute, slim, curvy and very portable at any time. Operational cost for TV is often acceptable but for HP is high and often demanding. Most Important, TV got remote but HP doesn't have. Last but not least....... TV do not have virus but HP have VIRUS.... Once get it, HABIS LAH. So better c

Selamat Hari Raya Aidiladha 1431H

Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidil Adha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidil Adha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidil Adha serta khutbah Aidil Adha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.   Aidil Adha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. Selain itu, salah satu keistimewaan Aidil Adha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutb

EMAS PERTAMA MALAYSIA - SUKAN ASIA KE-16, 2010

GUANGZHOU - Gymnasium Nansha menjadi saksi kejayaan Chai Fong Ying apabila berjaya meraih pingat emas pertama negara menerusi disiplin Taijijian acara wusyu, semalam. Tambah manis apabila Fong Ying turut berjaya mengekalkan pingat emas yang dimenanginya empat tahun lalu di Sukan Asia Doha, Qatar. Fong Ying mengumpul 9.69 mata untuk menafikan peserta Taiwan, Wen Ching Ni di tempat kedua dengan 9.68 mata dan gangsa milik Miyoaka Ai dari Jepun (9.67 mata).

Musim haji bermula

MEKAH - Para jemaah memulakan pegerakan haji semalam dengan bergerak dari Mekah ke Mina tanpa sebarang insiden besar. Tiada perangkaan rasmi mengenai jumlah jemaah haji tetapi beberapa pihak menganggarkan seramai 2.5 juta jemaah mengerjakan haji tahun ini. Pihak berkuasa berkata, permit telah diberikan kepada 1.7 juta jemaah haji asing dengan 200,000 diperuntukkan kepada jemaah dari Arab Saudi dan negara-negara jiran. Pada musim haji tahun ini, operasi menangkap jemaah haji yang tidak memiliki dokumen sah dilakukan bagi mengelak jumlah jemaah berlebihan sehingga tidak mampu dikawal pihak berkuasa. Seorang pemandu telah ditangkap kerana membawa jemaah haram akan dikenakan denda sebanyak 10,000 riyal (RM8,291) bagi setiap individu yang dibawanya. Pergerakan jemaah haji ke Mina menandakan permulaan haji pada hari kelapan bulan Zulhijjah. Para jemaah itu berhenti di Mina untuk bermalam. Pada hari ini, jemaah akan bergerak ke Padang Arafah dan mereka menghabiskan masa d

Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik

YOKOHAMA, 14 Nov 2010 -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) bergambar dengan para pemimpin dunia selepas mesyuarat Perkongsian Trans Pasifik yang dihoskan oleh Presiden Amerika Syarikat Barack Obama pada Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di sini, hari ini.

Bandar Raya Guangzhou Indah Gemerlapan Di Majlis Perasmian Sukan Asia ke 16

 GUANGZHOU, 13 Nov (Bernama) -- Kilauan cahaya gemerlapan dan percikan bunga api yang indah menghiasi ruang angkasa sekitar bandar raya Guangzhou Jumaat malam, mempesonakan ribuan penonton yang hadir menyaksikan majlis perasmian Kejohanan Ke-16 Sukan Asia yang penuh gilang gemilang. Majlis penuh warna warni itu menyaksikan tirai kejohanan 16 hari tersebut dibuka dengan rasminya, dan majlis perasmian disempurnakan oleh Perdana Menteri China Wen Jiabao. Antara yang menyaksikan majlis penuh bersejarah itu ialah Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) Jacques Rogge dan presiden Majlis Olimpik Asia (OCA) Sheikh Ahmad Al-Fahad Al-Sabah. Malaysia menghantar 337 atlet dan 126 pegawai untuk membawa cabaran negara ke temasya sukan itu, di mana para atlet akan mengambil bahagian dalam 28 daripada 42 acara sukan yang ditampilkan. Di majlis perasmian, para penonton disajikan dengan persembahan gerak tari yang menarik hasil sentuh

UPSR 2010 Cemerlang : Tahniah

PUTRAJAYA: Seramai 48,327 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010 berjaya memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata demikian ketika mengumumkan analisis keputusan UPSR 2010 di sini. Seramai 486,321 calon menduduki UPSR tahun ini di 8,192 pusat peperiksaan di seluruh negara. Calon-calon Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) Sekolah Kebangsaan UDA 2 meraikan kejayaan mereka bersama guru besar setelah dianugerahkan sekolah paling ramai pelajar cemerlang dalam UPSR 2010. Pasangan kembar Siam, Ahmad Rosli dan Muhammad Rosli gembira menunjukkan keputusan UPSR yang diterimanya kepada pelajar-pelajar yang mendapat 5A di Sekolah Kebangsaan Seksyen 27 Shah Alam.

Proton Inspira : Model terbaru Proton

PETALING JAYA 10 Nov. 2010 - Proton Holdings Bhd. (Proton) hari ini melancarkan model terbaharu kereta keluarannya, Proton Inspira yang diasaskan daripada model Mitsubishi Lancer. Proton Inspira mula dijual di semua bilik pameran Proton pada harga RM78,999 bagi model 1.8 transmisi manual, RM84,999 bagi 1.8 transmisi penghantaran berubah berterusan (CVT) automatik dan RM91,999 bagi model 2.0 CVT automatik.  Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, produk terbaharu Proton didatangkan dengan dua varian enjin itu dilengkapkan dengan enjin berteknologi Mitsubishi Innovative Valve Timing Electronic Control (MIVEC). Model tersebut didatangkan dalam empat warna iaitu Plum Red, Solid White, Genetic Silver dan Tranquility Black. Kelebihan Inspira adalah ia dilengkapi dengan CVT dan mod penukaran gear secara manual enam kelajuan dengan sistem transmisi automatik INVECS-III (sistem kawalan elektronik kenderaan pintar dan inovasi). Bagi model

Malaysia juara kejohanan robot dunia

PUTRAJAYA: Malaysia muncul juara keseluruhan buat kali kedua berturut-turut dengan menewaskan 250 pasukan lain dalam pertandingan World Robot Olympiad 2010 yang berlangsung di Manila, Filipina pada 5 hingga 7 November lalu. Kontinjen Malaysia meraih dua pingat emas, tiga perak dan dua Anugerah Khas Kreativiti seterusnya meletakkan negara di tangga teratas berbanding 22 buah negara lain antaranya Korea Selatan, Jepun, China, Denmark, Jerman dan Hong Kong. Atas kejayaan itu, kontinjen negara yang terdiri daripada 13 pasukan dianggotai 50 pelajar termasuk guru dan mentor itu, diraikan dalam satu majlis oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini. Pada majlis itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran turut menyampaikan sijil penghargaan kepada peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan rendah. Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin melihat Wan Asyraf Daniel Wan Norarjuna dari Sekolah Alam Shah

PESANAN LUQMAN HAKIM

LUKMANUL HAKIM dikenali sebagai manusia yang sering meninggalkan peringatan serta manfaat menerusi kata-katanya. Beliau merupakan seorang bapa yang sentiasa menasihati anaknya dengan kata-kata berhikmah. Dan kata-kata itu adalah wajar diambil iktibar oleh kita semua. Pernah suatu ketika, beliau mengajak anaknya keluar ke pasar. Beliau mengenderai seekor keldai manakala anaknya pula mengekorinya dengan berjalan kaki.  " Teruknya orang tua ini, anaknya yang kecil dibiarkan berjalan kaki sedangkan dia bersenang-lenang menunggang keldai, " kedengaran suara dari sekumpulan manusia yang melihat mereka. " Wahai anakku, dengarkah engkau apa yang mereka perkatakan itu ? " tanya Lukmanul Hakim kepada anaknya. " Dengar ayah ," jawab anaknya sambil mengangguk-anggukkan kepalanya. " Sekarang engkau naiklah ke atas keldai ini, biar ayah menariknya ," katanya sambil mengangkat anaknya ke atas belakang keldai. " Nampakkah kalian betapa anak yang tak

Banjir di Kedah beransur pulih

Pejabat MB Kedah ALOR SETAR: Keadaan banjir di Kedah beransur pulih dengan jumlah mangsa yang dipindahkan menurun kepada 28,208 orang daripada 6,874 keluarga yang masih berada di 70 pusat pemindahan banjir. Tiga daerah yang dilanda banjir menunjukkan jumlah penurunan iaitu daerah Kota Setar, Kubang Pasu dan Pokok Sena manakala daerah Pendang keadaan tidak berubah. Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Majlis Keselamatan Negara berkata jumlah mangsa banjir di daerah Kota Setar menurun kepada 20,438 orang melibatkan 4,928 keluarga berbanding 21,116 orang petang semalam manakala di daerah Kubang Pasu seramai 6,550 orang daripada 1,747 keluarga masih berada di pusat pemindahan dan mangsa banjir di Pokok Sena sehingga pukul 8 pagi ini ialah seramai 978 orang melibatkan 137 keluarga. Bilangan mangsa banjir di daerah Pendang tidak berubah iaitu seramai 242 orang dipindahkan ke pusat pemindahan melibatkan 62 keluarga. Jurucakap itu berkata pusat pemindahan banjir yang masih dibuka di daerah

Gathering Bersama Kawan STK di Restoran D'Tasek, Uniten, Bangi

Satu perjumpaan dengan kawan-kawan Sekolah Tinggi Kluang telah diadakan di Restoran D'Tasek, Uniten, Bangi pada 6 November 2010. Perjumpaan ini telah dihadiri oleh Muhammad Yunos Abdul Hamid, Mohd Zain Adam, Mohd Fauzi Mohd Lazim, Abdul Aziz Kamat dan Mohh Yusop Ibrahim.  Saya berdoa agar kita semua dipanjangkan umur, sihat tubuh badan dan dipermudahkan segala urusan. Semoga kita akan dapat berjumpa lagi di perjumpaan di Dewan Besar, Sekolah Tinggi Kluang pada 23-24 Disember 2010 ini.

Wukuf 15 November 2010

MEKAH 7 Nov.2010- Mahkamah Agung di Riyadh, Arab Saudi mengumumkan bahawa hari wukuf ialah pada 15 Nov bersamaan 9 Zulhijjah dan hari Raya Aidiladha bagi negara itu adalah pada keesokan harinya. Menurut Saudi Press Agency, yang dilaporkan oleh akhbar Saudi Gazette, 1 Zulhijjah ialah pada hari ini, 7 November.  Lebih 1.5 juta umat Islam dari seluruh dunia kini berhimpun di tanah suci Mekah dan Madinah untuk menunaikan haji, yang merupakan perhimpunan tahunan agama yang terbesar di dunia, menurut agensi itu.   Sumber - Utusan Malaysia/Bernama  

BN kekal kerusi Batu Sapi dan Galas

Calon Barisan Nasional Linda Tsen Thau Lin secara rasmi diisytihar sebagai pemenang pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi, Sandakan, Sabah dengan mendapat majoriti 6,359 undi. BN merampas kerusi Galas apabila menang dengan majoriti 1,190 undi. Calon BN Abdul Aziz Yusof mendapat 5,324 undi manakala calon PAS Dr Zulkifli Mohammad mendapat 4,134 undi. Barangkali terlalu awal untuk mengatakan rakyat Kelantan kembali menyokong BN khususnya Umno ekoran kemenangan dalam pilihanraya kecil Galas. Bagaimanapun, ia memberi isyarat bahawa BN sedia merampas Kelantan yang diperintah PAS sejak 20 tahun lalu.