Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2010

Badak air berwarna merah jambu

MASAI MARA, Kenya – Seekor badak air jantan yang berwarna merah jambu ditemui di sini pada minggu lalu, lapor sebuah akhbar semalam. Dua jurugambar hidupan liar, Will dan Matt Burrard-Lucas dari Britain telah merakamkan gambar badak air itu setelah mendengar berita mengenai haiwan tersebut. “Haiwan itu keluar ke daratan selama kira-kira 10 minit atau kurang daripada itu. Selepas itu, kami mengesan kepala haiwan itu yang berwarna merah jambu berada di atas permukaan air setiap beberapa minit semasa ia mahu menyedut udara. “Ia juga amat malu dan selepas mengesan kehadiran kami, haiwan itu bersembunyi di belakang ibunya sebelum hilang ke dalam air,” kata Will. – Agensi  Sumber : Kosmo!

Kuasa Mutlak SUAMI dan IBU

Hanya ada dua orang yang mempunyai kuasa ini. SUAMI dan IBU. Kuasa suami keatas isteri dan kuasa ibu keatas anak2. Kuasa Mutlak ini sungguh besar ertinya disisi agama Islam sehingga seseorang itu akan dimurkai Allah sekiranya dia menyakiti hati dua golongan tadi. Sebagai contoh; seorang isteri yang melukai hati suaminya walau sedikit akan berdosa besar (bukan dalam kes terkecuali) begitu juga anak2 terhadap ibunya Kalau ISTERI - bayangkan seorang isteri yang secara tidak sedar menyakiti hati suaminya dan tidak meminta maaf. Isteri tersebut akan terus berdosa dan sekiranya dia hamil, anak tersebut akan dikandung didalam badan yang berdosa. Besar kemungkinan anak tersebut akan mendapat banyak sifat2 yang tidak baik dan seterusnya anak itu lahir dan membesar dan menjadi dewasa dan membawa sifat2 yang tidak elok itu kedalam zuriatnya. Tambahan pula dalam keadaan berdosa bagaimana doa2nya akan diterima Allah? Tanpa doa yang diterima, apalagi daya kita untuk mendapat kebaha

Kontroversi Kopi Luwak

KOPI luwak diambil daripada biji kopi yang telah dicernakan musang melalui sistem perkumuhan. KOPI tahi musang atau lebih dikenali sebagai kopi luwak sangat terkenal di kalangan penggemar kopi di Indonesia serta di peringkat antarabangsa. Biarpun kopi tersebut dihasilkan melalui proses dengan fermentasi secara semula jadi dalam sistem pencernaan musang, ia tetap berjaya menarik minat manusia untuk menikmatinya disebabkan cita rasanya yang unik dan enak. Tidak dinafikan, harganya yang mahal juga turut menjadi penarik di kalangan para penggemar kopi. Di Amerika Syarikat, kopi luwak dikenal sebagai kopi kotoran kucing atau cat-poo coffee dan dijual dengan harga AS$190 (RM596) untuk 500 gram. Kopi tersebut juga didakwa jarang ditemui kerana setiap tahun, hanya 250 kilogram sahaja dihasilkan. Di pasaran antarabangsa, harganya berkisar antara AS$100 (RM314) sehingga AS$350 (RM1,099) sekilogram. Ramai yang meragui sama ada kopi luwak itu halal untuk diminum. Kopi Luwak difa

Majlis Sambutan Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Putrajaya, 21/09/2010 - Perdana Menteri Dato' Sri Najib dan Isteri Datin Seri Rosmah Mansor hadir ke Majlis Sambutan Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri (JPM) di PICC.

Gejala anak gadis lari dari rumah, kenapa?

Remaja lari dari rumah merupakan satu masalah yang baru di kalangan masyarakat kita hari ini. Masalah ini menjadi satu gejala yang begitu sukar untuk dibendung malah semakin berleluasa di kalangan anak-anak mahupun pelajar sekolah. Walaupun pelbagai langkah telah diusahakan oleh pihak-pihak tertentu namun masalah ini tetap berlaku. Kes 1 : 29 April 2009, Utusan Malaysia - Gadis lari rumah dirayu pulang Nurbahar Mohd. Hashim SHAH ALAM 28 April – Seorang remaja perempuan, Nurbahar Mohd. Hashim, 17, yang melarikan diri dari rumah sejak lapan hari lalu dirayu pulang ke pangkuan keluarganya yang bimbang dengan keselamatannya. Bapa saudaranya, Abdul Mubin Akol Ali berkata, seorang jiran melihat Nurbahar keluar dari rumahnya di Batu 2, Jalan Kapar, Klang kira-kira pukul 7 petang pada 20 April lalu dengan membawa sebuah beg pakaian. Kes 2 : 13/6/2010 MyMetro - 10 kali lari dari rumah NUR FATIHAH... dicari JOHOR BAHRU: Usianya baru 13 tahun, tapi seorang remaja perempuan di sini

Facebook : Fitnah Dan Bala Akhir Zaman

Oleh Dr Abdul Basit Abdul Jangan kita mendedahkan keburukan dan keaiban diri sendiri dan orang lain dalam Facebook. Jadikanlah Facebook satu media untuk menyampaikan perkara-perkara kebaikan dan menerangkan yang benar .   Perkara perlu kita ambil perhatian. Antaranya: Pihak Facebook Corp. dapat mengetahui setiap benda yang kita masukkan dalam profile kita. Ini termasuklah gambar, maklumat, aktiviti, kegemaran, jaringan dan sebagainya. Sebab itulah timbul teori FB dijadikan sebagai medium untuk monitor pengguna. Benda ini mungkin hanya teori tapi tak mustahil. Gambar-gambar, posting-posting dan maklumat-maklumat yang kita masukkan atau orang lain masukkan untuk kita akan terdedah kepada siapa saja (jika tidak diprivasikan). Risiko untuk diri anda di’dajal’kan oleh orang adalah sangat tinggi. Semoga khutbah yang disampaikan oleh Ustaz dapat dijadikan iktibar kepada kita semua. Rujukan lain : Nasihat Penggunaan Facebook

Haiwan aneh ditemui di Kenya

NAIROBI - Sejenis mamalia ganjil dipercayai spesies baru tikus kasturi gajah berjaya dirakamkan di hutan Boni-Dodori, pedalaman timur laut Kenya baru-baru, lapor sebuah akhbar semalam. Saintis-saintis percaya bahawa mamalia sebesar seekor kucing yang mempunyai belalai dan memakan serangga itu merupakan spesies baru tikus kasturi gajah. Haiwan ganjil itu yang menyerupai kombinasi seekor tenggiling dan kancil pertama kali dirakamkan di Hutan Ndundulu, Tanzania pada 2005. Namun, beberapa perangkap kamera dipasang di hutan Boni-Dodori selepas seorang ahli Persatuan Zoologi London (ZSL), Grace Wambui terserempak dengan makhluk aneh itu. - Agensi Sumber : Sinar Harian

Kecekapan polis tangani kes Sosilawati dapat pujian PM

Datuk Seri Najib Razak memuji kecekapan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana dapat menyelesaikan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dengan cepat. Sambil menyampaikan ucapan syabas dan tahniahnya kepada PDRM, Perdana Menteri mahu pasukan polis turut diberi ruang dan masa untuk menguruskan kes berkenaan agar semua yang terbabit dapat dihadapkan ke muka pengadilan. "Saya berharap mereka dapat mencari bukti-bukti yang jelas yang boleh dikemukakan di mahkamah supaya mahkamah tidak merasa ragu untuk menjatuhkan hukuman yang setimpal degan angkara yang cukup kejam yang telah dilakukan oleh mereka itu," katanya. Najib berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Juara Rakyat peringkat Sabah dan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di sini hari ini, sebagai mengulas kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang menyifatkan kes pembunuhan jutawan kosmetik itu berusia 47 tahun dan tiga rakannya yang lain telah sele

Selamat Hari Malaysia 2010

Perdana menteri telah mengumumkan sambutan Hari Malaysia yang diraikan pada 16 September setiap tahun diisytiharkan sebagai cuti awam untuk seluruh negara mulai tahun 2010. Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan perkara itu pada persidangan Dewan Rakyat berkata pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat merupakan satu titik sejarah yang amat penting. Dengan demikian rakyat Malaysia akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar. Hari Merdeka pada 31 Ogos mengingatkan kita akan perjuangan mencapai kemerdekaan dari penjajahan, yang akan dirayakan dengan pelbagai acara rasmi seperti perarakan dan sebagainya untuk mengingati detik sejarah itu. Hari Malaysia pula akan dirayakan dengan acara-acara bersifat mengeratkan perpaduan, persefahaman antara kaum, kejayaan dan pencapaian masyarakat menerusi bidang sukan, sosio-budaya, kesenian dan lain-lain yang akan menyemarakkan semangat 1Malaysia. Hari Malaysia diraikan pada 16 September seti

Tengku Faris Sultan Kelantan baru

KOTA BHARU: Pemangku Raja Kelantan,Tengku Muhammad Faris Petra, 41, dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 menggantikan ayahanda baginda, Tuanku Ismail Petra pada Majlis Pemasyhuran Pelantikan di Istana Balai Besar, berkuat kuasa semalam. Majlis pemasyhuran terbabit diumumkan sendiri Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas mendapat mandat daripada Majlis Perajaan Negeri (MPN) yang sebulat suara memilih, melantik dan mengesahkan baginda sebagai Sultan. Pemasyhuran itu dilaksanakan mengikut Perkara 29 A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan Bahagian Kedua, sekali gus membolehkan putera sulung Tuanku Ismail Petra itu menaiki takhta kerajaan negeri Kelantan. Difahamkan, pada mesyuarat MPN kira-kira jam 9 pagi semalam, hanya dua ahli iaitu Tengku Razaleigh Hamzah dan Tengku Amalin A’ishah Putri tidak hadir, manakala 15 yang lain sebulat suara menyokong pelantikan itu. Mengakhiri pemasyhuran dengan laungan takbir Allahuakhbar sebanyak tiga kali, Tuank

Misteri kehilangan Sosilawati mungkin terjawab

KUALA LUMPUR – Empat mayat dipercayai termasuk jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya (gambar) dan tiga rakannya yang dilaporkan hilang sejak 13 hari lalu ditemui dekat pantai Morib, Selangor semalam. Kesemua mereka dibunuh dengan kejam sebelum dibuang dan dibakar di ladang ternakan ayam dekat Tanjung Layang, Morib. Setakat ini polis sudah menahan enam individu berhubung penemuan mayat-mayat tersebut. Motif pembunuhan belum dapat dipastikan . Kehilangan Sosilawati, 47, bersama tiga lelaki lain dipercayai didalangi seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ yang dikatakan individu terakhir yang ditemui jutawan kosmetik itu ketika urus niaga tanah dijalankan di Banting, Selangor pada 30 Ogos lalu. ‘Datuk’ berkenaan yang mempunyai ramai kenalan di kalangan orang kenamaan dipercayai berperanan sebagai broker dalam penjualan tanah bernilai RM4 juta di Pulau Pinang. Satu sumber memberitahu, ahli perniagaan itu dipercayai mempunyai banyak petunjuk bagi membantu siasatan

Gejala Akromegali - Bukan satu kebanggaan

STADNYK... tubuhnya jadi besar dan tinggi. KALI pertama kisah Bao Xishun, 56, dari China yang dicatatkan dalam Guinness World Records sebagai lelaki tertinggi di dunia dengan ketinggian 7 kaki 9 inci (232.5 sentimeter) didedahkan, ramai menyangka dia mengalami masalah akromegali atau gigantisme. Sebaliknya, lelaki Ukraine dari Podoliantsy, Leonid Ivanovych Stadnyk, 39, yang mempunyai ketinggian 8 kaki 5 inci (252.5 sentimeter) menolak untuk diberi gelaran berkenaan kerana baginya ia bukan perkara membanggakan. Malah susuk badannya yang terlalu tinggi dan besar akibat masalah akromegali menyukarkan dia untuk membeli baju dan kasut! Yang lebih merimaskan ialah dia sentiasa menjadi tumpuan ke mana saja dia pergi. Sumber : MyMetro 5/9/2010

SAMBUTAN HARI RAYA PADA PANDANGAN ISLAM

Islam telah menetapkan bagi kita untuk berhari raya dua kali dalam setahun hijrah, iaitu hari raya puasa dan hari raya kurban atau haji, dalam erti kata lain Aidilfitri dan Aidiladha, kedua-dua hari raya ini ada kaitannya dengan syariah Islam. Sejarah Islam mencatatkan setelah baginda Rasulullah berhijrah ke Madinah, baginda dapati orang-orang Islam Madinah merayakan dua hari raya yang mereka warisi turun temurun dari nenek moyang mereka. Maka baginda Rasulullah bersabda; kepada mereka yang bermaksud : "Allah subhanahua ta’ala telah menggantikan kedua-dua hari raya kamu itu dengan dua hari raya yang lebih baik dari apa yang kamu rayakan itu, iaitu hari raya puasa dan hari raya kurban." Semenjak itu kedua-dua hari raya itu dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia dari setahun ke setahun sehinggalah sekarang dan seterusnya. Hakikat ini juga boleh difahami bahawa Islam melayani kehendak dan tabiat semulajadi manusia selaras dengan kenyataan dimana setiap kaum dan bang

Sifat yang harus diperhatikan dalam memilih sahabat.

Ketahuilah, bukan semua manusia patut dijadikan sabahat. Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “ Seseorang itu atas agama (perjalanan) rakannya, maka hendaklah seseorang kamu memerhatikan siapa yang harus dipilih menjadi rakan. ” Sayugialah hendaknya rakan yang dipilih itu mestilah mempunyai beberapa sifat dan kelakuan yang istimewa, yang menyebabkan anda memilihnya untuk dijadikan rakan atau sahabat. Kesimpulannya hendaklah sabahat itu seorang yang waras fikiran, baik budi pekerti, tidak fasik, dan tidak terlampau mementingkan hal-hal keduniaan. Adapun sifat waras pemikiran itu menjadi modal atau pokok dalam kehidupan, kerana tidak ada gunanya membuat sahabat pada orang yang ahmak atau kurang akalnya, sebab yang demikian itu akan membawa kepada perasaan tidak tenteram dan perselisihan, sekalipun persahabatan itu berjalan begitu lama. Ada pula yang berkata bahawasanya memutuskan persahabatan dengan orang yang ahmak itu, adalah suatu pengorbanan (mendekatkan diri) kepada

Panduan Pencegahan Jenayah

Memandangkan Minggu cuti Hari Raya Puasa dah nak tiba, pada waktu ini kebanyakan orang ramai terutama warga kota akan pulang ke kampung untuk meraikan hari tersebut. Maka banyaklah rumah akan ditinggalkan tanpa penghuni. Adalah dinasihatkan supaya kita lebih berhati-hati sebab ramai orang tengah carik 'passive income' dengan cara yang tak betul - pecah rumah orang... Panduan daripada Laman Web PDRM PECAH RUMAH CARA MENCEGAHNYA: Perlindungan SECARA FIZIKAL P asangkan ' door viewer' , penyelak pintu utama. Pintu utama perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dilengkapi dengan sistem kunci yang berkualiti.   Pasangkan pagar besi berkunci pada tingkap rumah anda. Simpan tangga dan alat-alat di tempat yang selamat supaya penceroboh tidak menggunakan ia untuk memasuki rumah anda. Potong ranting-ranting pokok dan semak-samun sepanjang pagar rumah anda yang membolehkan penceroboh menyembunyikan diri di halaman rumah anda. Pasang lampu yang mempunyai alat pengesan unt

Semangat patriotik rakyat Malaysia terserlah

 KUALA LUMPUR: Ulang tahun kemerdekaan negara ke-53 semalam disambut meriah, walaupun sambutan kali ini tanpa perbarisan atau pertunjukan bunga api serta konsert kerana bertembung dengan Ramadan. Sambutan bermula sejak malam semalam dengan pelbagai acara termasuk majlis berbuka puasa, tahlil dan solat Tarawih berjemaah di seluruh negara. Majlis peringkat nasional diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil dengan kehadiran lebih 10,000 orang, walaupun kali pertama diadakan di kawasan tertutup berikutan Ramadan. Malah, sambutan dengan tema 1Malaysia Menjana Transformasi itu dilihat lebih kreatif dan inovasi dari pelbagai aspek. Acara bermula jam 8 pagi sejurus keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah, diiringi tiupan nafiri. Hadir sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Puan Sri Norainee Abdul Rahman. Turut hadir bekas Perdana Menter