Monday, December 6, 2010

Karnival Bowling PPPBCJ 2010

 Pada 5 Disember 2010, Persatuan Penduduk Pusat Bandar Cheras Jaya (PPPBCJ) telah mengadakan Karnival Bowling 2010 bertempat di Plaza South City, Seri Kembangan. Karnival ini diadakan untuk mengeratkan lagi silaturahim dikalangan ahli-ahli, penduduk dan guru-guru di Taman Cheras Jaya. Sebanyak 12 pasukan telah mengambil bahagian iaitu 9 kumpulan lelaki dan 3 kumpulan wanita. Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang. Acara bermula jam 2.00petang dan selesai pada jam 6.30petang.

Hari ini memang sangat bertuah, kumpulan saya telah menjadi Juara kategori Lelaki Berpasukan. Kumpulan saya terdiri daripada Encik Sharji Khan, Encik Wan Shukrey, Faiz Dato' Mustapa dan saya.


Setelah selesai permainan, kami menikmati jamuan yang telah disediakan oleh Restoren Lemon. Jamuan ini atas sumbangan Encik David Teo, CEO Metrowealth. Semoga aktiviti bowling menjadi agenda tetap persatuan.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...