Friday, November 12, 2010

UPSR 2010 Cemerlang : Tahniah


PUTRAJAYA: Seramai 48,327 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010 berjaya memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata demikian ketika mengumumkan analisis keputusan UPSR 2010 di sini.

Seramai 486,321 calon menduduki UPSR tahun ini di 8,192 pusat peperiksaan di seluruh negara.


Calon-calon Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) Sekolah Kebangsaan UDA 2 meraikan kejayaan mereka bersama guru besar setelah dianugerahkan sekolah paling ramai pelajar cemerlang dalam UPSR 2010.


Pasangan kembar Siam, Ahmad Rosli dan Muhammad Rosli gembira menunjukkan keputusan UPSR yang diterimanya kepada pelajar-pelajar yang mendapat 5A di Sekolah Kebangsaan Seksyen 27 Shah Alam.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...