Thursday, November 18, 2010

Majlis Qurban Masjid Taman Cheras Jaya 1431H


Pada 17 November 2010, Masjid Taman Cheras Jaya (MTCJ) telah mengadakan majlis qurban. Sebanyak 10 ekor lembu, 2 ekor kambing dan seekor biri-biri telah diqurbankan oleh qariah masjid. Majlis ini diadakan sebaik sahaja selesai Solat Aidiladha. AJK, Pegawai Masjid serta ahli qariah berkerjasama melaksana ibadah qurban ini.

Firman allah;

Maksudnya;

"Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)

Maksudnya ;

Dan telah Kami (Allah) jadikan untuk kamu unta-unta itu sebagai syiar agama Allah. Kamu banyak memperoleh kebaikan daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya.” ( Al-Haj ; 36)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...