Friday, November 5, 2010

BN kekal kerusi Batu Sapi dan Galas


Calon Barisan Nasional Linda Tsen Thau Lin secara rasmi diisytihar sebagai pemenang pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi, Sandakan, Sabah dengan mendapat majoriti 6,359 undi.

BN merampas kerusi Galas apabila menang dengan majoriti 1,190 undi. Calon BN Abdul Aziz Yusof mendapat 5,324 undi manakala calon PAS Dr Zulkifli Mohammad mendapat 4,134 undi.

Barangkali terlalu awal untuk mengatakan rakyat Kelantan kembali menyokong BN khususnya Umno ekoran kemenangan dalam pilihanraya kecil Galas. Bagaimanapun, ia memberi isyarat bahawa BN sedia merampas Kelantan yang diperintah PAS sejak 20 tahun lalu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...