Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2010

Hikayat suka duka P. Ramlee

Menyebut sahaja nama allahyarham Tan Sri P. Ramlee, sudah terbayang di minda tentang seorang individu yang cukup istimewa dan begitu dekat di hati masyarakat. Merupakan satu-satunya insan seni di negara ini yang bergelar seniman agung, segala hasil karyanya melalui filem dan muzik tidak pernah ditelan zaman. Umum pastinya mengetahui bahawa P. Ramlee dikenali sebagai seorang pelakon, penyanyi, pelawak, komposer, penulis skrip dan pengarah filem yang serba boleh. Apa yang lebih mengagumkan, sepanjang hayatnya bergelar insan seni, anak kelahiran Pulau Pinang ini telah terbabit dengan 66 buah filem serta menghasilkan sebanyak 360 buah lagu. Biarpun sudah 37 tahun P. Ramlee pergi meninggalkan warisan yang tidak ternilai, namun namanya masih tetap terpahat di hati dan sanubari setiap masyarakat. Pencapaian beliau melalui bidang seni telah menjadikan beliau sebagai idola serta sumber inspirasi kepada penggiat seni tanah air pada hari ini.

Padang Sekolah Rumah ke2 Ku - Satu Coretan Hadibah Atan

Hadibah Atan adalah salah seorang kawan di zaman sekolah ku. Baru-baru ini, kami dapat bertemu semula melalui FACEBOOK setelah lebih 25 tahun terpisah. Walaupun persahabatan kami tidak akrab tetapi saya mengenali beliau. Beliau begitu aktif terutama dalam bidang sukan. Beberapa hari yang lalu, beliau telah mencatat satu nastogia kenangan lalu beliau di padang sekolah dalam catatan Facebook. Berikut adalah catatan beliau untuk tatapan kita terutama untuk kawan-kawan sesekolah di Sekolah Tunku Mahmud 2 dan Sekolah Tinggi Kluang.

Magika Gondol Anugerah Filem Terbaik FFM-23

Tiga beradik dari kiri Edry, Norman dan Yusry yang memenangi kategori Filem Terbaik menerusi filem Magika pada Festival Filem Malaysia Ke-23 di Shah Alam, SHAH ALAM 24 Okt.2010 - Filem Magika yang sarat dengan elemen cerita-cerita rakyat menepati ramalan peminat filem tempatan apabila diangkat sebagai Filem Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-23 (FFM23) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini malam ini. Mohd. Shamsul Yusof pula muncul Pengarah Terbaik menerusi filem arahannya, Evolusi KL Drift 2. Magika arahan pertama Edry Abdul Halim menggondol hadiah berupa trofi dan wang tunai RM50,000, manakala Shamsul menerima trofi serta wang tunai RM20,000. Hadiah bagi anugerah utama itu disampaikan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim sambil diiringi Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Mohd. Mahyidin Mustakim. Pada majlis itu, kategori Filem Pendek Terbaik dimenangi oleh Project Genex, Filem Animasi Terbaik

KEISTIMEWAAN IKAN PEMALU

SEJAK Restoran Lucky di Ipoh, Perak beroperasi hampir tiga dekad lalu, masakan berasaskan ikan kerapu antara sajian yang sering menjadi buah mulut pelanggan. Selain digoreng cili kering, stim, sup dan tiga rasa, kerapu disajikan istimewa bersama lebih 10 jenis bubur dan mi termasuk mi wantan dan mi udon. Dua bulan lalu, restoran itu meraih perhatian rakyat Malaysia apabila menyajikan seekor ikan kerapu gergasi yang boleh dinikmati oleh lebih 400 orang. Ikan kerapu sepanjang 2.5 meter dan seberat 148 kilogram itu dibeli pengusaha restoran itu pada harga RM8,000 daripada seorang nelayan yang berjaya menangkap ikan gergasi itu di Pantai Remis. Ikan kerapu gergasi itu adalah yang kedua terbesar selepas ikan spesies sama seberat 170 kilogram (kg) yang diperoleh daripada nelayan sama kira-kira tiga tahun lalu.

Monorel Mina-Arafah Diguna Buat Pertama Kali Pada Musim Haji Ini

MEKAH, 20 Okt 2010-- Sistem monorel yang baru siap dibina akan digunakan buat pertama kali pada musim haji tahun ini bagi mengangkut jemaah untuk perjalanan antara Arafah dan Mina. Wartawan Malaysia yang dipimpin oleh pengurus pasukan media Tabung Haji (TH) Malaysia, Ahmad Fadzil Ghazali berpeluang melihat sistem itu dilaksanakan secara percubaan Rabu. Bagaimanapun, difahamkan pada peringkat permulaan sistem pengangkutan itu akan hanya dibuka kepada jemaah haji tempatan. Sistem itu penting bagi mengatasi kesesakan jalan raya yang sering berlaku pada setiap musim haji terutama ketika jemaah bergerak menuju ke Padang Arafah untuk melakukan wukuf di sana - satu daripada rukun haji yang mesti dipenuhi oleh setiap anggota jemaah. Wukuf kali ini ialah pada 15 November, bersamaan 9 Zulhijjah. Jemaah haji dari Mekah akan bertolak ke Arafah dengan berpakaian ihram pada 8 Zulhijjah dan bermalam di sana. Di Arafah, jemaah ditempatkan mengikut benua dan kemudian negara. Khem

Intipati Bajet 2011

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan dokumen yang mengandungi ucapan Bajet 2011 diperhatikan oleh timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas membentangkannya di Dewan Rakyat, di Kuala Lumpur, 15 Okt.2010 KUALA LUMPUR: Berikut ialah intipati Bajet 2011 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat, hari ini: * Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh yang dijangka siap pada 2025.  * Pembinaan projek bersepadu "Warisan Merdeka" dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015.   * Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta. * Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri

12 Emas Malaysia dalam Sukan Komanwel XIX 2010

Selama sebelas hari Sukan Komanwel ke19 New Delhi 2010 berlangsung, hari ini 14 Oktober 2010 merupakan hari terakhir temasyah tersebut. Malaysia berjaya melepasi sasaran 10 pingat emas. Malaysia memperolehi 12 pingat emas dan berada ditangga yang ketujuh. Berkut adalah penyumbang pingat emas. 1. Amirul sumbang emas pertama Malaysia Amirul Hamizan Ibrahim - Angkat Berat kategori 56 kilogram 2. Aricco penyumbang emas kedua negara Aricco Jumith - A ngkat Berat kategori snatch clean & jerk 62kg 3. Josiah tambah koleksi emas, kemenangan Azizul terbatal Josiah Ng - Keirin (Basikal)   4. Nicol kali pertama rangkul emas Sukan Komanwel Datuk Nicol Ann David - Skuasy Perseorangan Wanita 5. Skuad badminton negara kecewakan tuan rumah   6. Ratu menembak negara akhiri kemarau kilauan emas Nur Ayuni Halim dan Nur Suryani Mohd Taibi - 10m pistol udara wanita berpasangan 7.  2010 merupakan tahun gemilang buat Pandelela Riong Pandelela Riong - Terjun 10m platform wanita (

Majlis Muhibbah Aidilfitri PPPBCJ 2010

Majlis Muhibbah Aidilfitri PPPBCJ 2010 telah diadakan pada hari Ahad 10 Oktober 2010 jam 8.45 malam di Padang permainan Fasa 2B, Taman Cheras Jaya, Cheras, Selangor.

Jamuan Raya Adilfitri BTM JPPH 2010

Jamuan Hari Raya Aidilfitri Bahagian Teknologi Maklumat, Ibu Pejabat Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta telah diadakan pada 7 Oktober 2010. Jamuan ini turut dihadiri oleh pegawai dan kakitangan NAPIC dan Pasukan Projek VIS Baru.   Dalam majlis ini juga, BTM meraikan Cik Ima Marlina, PA Pengarah BTM yang akan berpindah ke Kementerian Pelancongan. Pihak BTM mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau sepanjang berkhidmat di JPPH. Semoga beliau lebih berjaya berkhidmat di tempat baru.  

Pertandingan Janggut Eropah

Pertandingan Janggut Eropah telah diadakan pada Sabtu 2 Oktober 2010  di Leogang, wilayah Salzburg, Austria. Franz Mitterhauser dari Austria (kiri) dan Herve Diebholt dari Perancis (kanan) Klaus Leible dari Jerman Hans Peter Weis (kiri) dan Gerhard Knapp (kanan) kedua-dua dari Jerman Manfred Richter dari Jerman Hans Peter Jahn dari Jerman Peserta-peserta Sumber : msn

1,000 warga emas dijangka pulangkan wang ihsan

Isu hangat wang ihsan di Pulau Pinang yang diberi oleh kerajaan negeri sebanyak RM100 kepada warga emas tetapi dipulangkan dengan alasan tidak sanggup makan wang haram. FATWA KEBANGSAAN [Klik] Penyaluran Harta Tidak Patuh Syariah Ke Baitulmal Dan Institusi Islam Lain Keputusan: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-87 yang bersidang pada 23 – 25 Jun 2009 telah membincangkan Hukum Penyaluran Harta Tidak Patuh Syariah Ke Baitulmal Dan Institusi Islam Lain. Muzakarah telah memutuskan bahawa: Di dalam Islam harta-harta yang diperolehi dengan cara yang tidak mematuhi syariah seperti riba, gharar, perjudian, penipuan, rompakan, rampasan, rasuah dan seumpamanya adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk manafaat dan kepentingan diri sendiri serta perlu dibersihkan melalui kaedah-kaedah berikut: 1. Diserah kepada Baitulmal untuk maslahah-maslahah umum umat Islam seperti membiayai pembinaan atau penyelenggaraan jambatan, jalan

Komanwel: Amirul Hamizan Sumbang Emas Pertama Malaysia Melalui Acara Angkat Berat

NEW DELHI, 4 Okt 2010 -- Amirul Hamizan Ibrahim, 29, menepati ramalan awal untuk memenangi pingat emas pertama negara dalam Sukan Komanwel ke-19 apabila menewaskan dua atlet tuan rumah melalui acara angkat berat 56kg lelaki di Kompleks Sukan Indira Gandhi di sini hari Isnin. Beliau berjaya mengangkat bebanan 116kg dalam acara snatch dan 141kg dalam clean and jerk bagi mengumpul jumlah angkatan sebanyak 257kg. Atlet India Sukhen Dey, 21, yang mendapat sokongan padu para penyokong mengekori rapat dengan mendapat angkatan keseluruhan 252kg selepas mengangkat bebanan 112kg (snatch) dan 140kg (clean and jerk) untuk meraih pingat perak. Seorang lagi atlet India, VS Rao, 29, memperoleh pingat gangsa setelah mengangkat bebanan 107kg (snatch) dan 141kg (clean and jerk) untuk jumlah keseluruhan angkatan 248kg. Bagaimanapun, nasib seorang lagi peserta negara, Mohd Syafiq Ismail, 22, tidak begitu baik apabila hanya mampu melakukan mengangkat bebanan 109kg (snatch) dan tidak dapat

Makanan McDonalds tidak boleh reput?

SACRAMENTO – Satu eksperimen yang membuktikan makanan di restoran McDonald's tidak reput menimbulkan tanda tanya mengenai bahan yang terkandung di dalamnya. Seorang jurufoto dari New York membiarkan sebiji burger Happy Meal bersama kentang goreng di atas rak di rumahnya selama 18 minggu dan mengambil gambar perubahan makanan itu setiap tiga hari. Bagaimanapun sehingga hari ke-137, makanan tersebut masih kelihatan sama seperti mana ditinggalkan dahulu. Menurut saintis, bahan pengawet bukan sebab utama burger itu tidak reput tetapi ia berpunca daripada kandungan lemak yang tinggi di dalam makanan tersebut, menyebabkan makanan itu mempunyai kelembapan rendah. Permukaan makanan yang kurang lembap menyebabkan kulat tidak mudah membiak dan makanan tidak akan reput. Selain itu, kandungan garam tinggi turut memainkan peranan kerana ia berfungsi sebagai bahan pengawet makanan.  Sumber : Sinar Harian

Wang Sumbangan Kerana Hasil Judi ?

Pandangan   Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman Tindakan penerima wang bantuan kerajaan Pulau Pinang memulangkan kembali wang tersebut boleh dinilai dari dua sudut iaitu sudut politik dan sudut agama atau hukum. Saya tidak berhasrat menyentuh isu terbabit dari sudut politik kerana ia bukan bidang saya. Cuma jika, tindakan tersebut jika dijadikan ikutan, nanti kita akan dapat melihat kebanyakan orang miskin di Malaysia memulangkan wang bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri, kerajaan pusat dan syarikat. Ini kerana sebahagian pendapatan kerajaan negeri dan pusat juga adalah dari sumber haram seperti cukai pusat judi, pelaburan haram, riba, pusat hiburan, rumah urut ‘pelacuran' dan sebagainya. Justeru bantuan mungkin sahaja diambil dari wang haram tersebut. DARI SUDUT HUKUM Jika dilihat dari sudut hukum, jika tindakan warga emas tersebut dibuat atas dasar kononnya wang dipulang kerana ia tidak bersih dan haram, tindakan mereka adalah SALAH  lagi terkeliru dengan