Thursday, September 2, 2010

Panduan Pencegahan Jenayah


Memandangkan Minggu cuti Hari Raya Puasa dah nak tiba, pada waktu ini kebanyakan orang ramai terutama warga kota akan pulang ke kampung untuk meraikan hari tersebut. Maka banyaklah rumah akan ditinggalkan tanpa penghuni. Adalah dinasihatkan supaya kita lebih berhati-hati sebab ramai orang tengah carik 'passive income' dengan cara yang tak betul - pecah rumah orang...

Panduan daripada Laman Web PDRM



PECAH RUMAH

CARA MENCEGAHNYA:

Perlindungan SECARA FIZIKAL
  1. Pasangkan 'door viewer', penyelak pintu utama.
  2. Pintu utama perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dilengkapi dengan sistem kunci yang berkualiti.
  3.  Pasangkan pagar besi berkunci pada tingkap rumah anda.
  4. Simpan tangga dan alat-alat di tempat yang selamat supaya penceroboh tidak menggunakan ia untuk memasuki rumah anda.
  5. Potong ranting-ranting pokok dan semak-samun sepanjang pagar rumah anda yang membolehkan penceroboh menyembunyikan diri di halaman rumah anda.
  6. Pasang lampu yang mempunyai alat pengesan untuk mengawal halaman serta boleh mengesan penceroboh.

langkah berjaga-jaga
  1.  Kuncikan pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah anda walaupun untuk masa yang singkat.
  2. Jangan sembunyikan kunci di bawah alas kaki, di dalam pasu bunga atau di atas kotak meter elektrik di luar rumah anda.
  3. Jangan meninggalkan nota yang menyatakan ketiadaan anda di rumah.
  4. Gantikan semua kunci apabila kunci rumah anda hilang atau dicuri.
  5. Hentikan hantaran (contoh: surat khabar) apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.
  6. Biarkan radio terpasang di waktu malam untuk mewujudkan suasana rumah yang berpenghuni.
  7. Simpan wang tunai di bank dan barang kemas anda dalam peti simpanan keselamatan.
  8.  Minta tolong jiran sebelah rumah anda untuk tengokkan rumah anda sepanjang ketiadaan anda di rumah.
Sumber : Website PDRM

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...