Wednesday, September 22, 2010

Gejala anak gadis lari dari rumah, kenapa?

Remaja lari dari rumah merupakan satu masalah yang baru di kalangan masyarakat kita hari ini. Masalah ini menjadi satu gejala yang begitu sukar untuk dibendung malah semakin berleluasa di kalangan anak-anak mahupun pelajar sekolah. Walaupun pelbagai langkah telah diusahakan oleh pihak-pihak tertentu namun masalah ini tetap berlaku.

Kes 1 : 29 April 2009, Utusan Malaysia - Gadis lari rumah dirayu pulang

Nurbahar Mohd. Hashim
SHAH ALAM 28 April – Seorang remaja perempuan, Nurbahar Mohd. Hashim, 17, yang melarikan diri dari rumah sejak lapan hari lalu dirayu pulang ke pangkuan keluarganya yang bimbang dengan keselamatannya. Bapa saudaranya, Abdul Mubin Akol Ali berkata, seorang jiran melihat Nurbahar keluar dari rumahnya di Batu 2, Jalan Kapar, Klang kira-kira pukul 7 petang pada 20 April lalu dengan membawa sebuah beg pakaian.


Kes 2 : 13/6/2010 MyMetro - 10 kali lari dari rumah

NUR FATIHAH... dicari
JOHOR BAHRU: Usianya baru 13 tahun, tapi seorang remaja perempuan di sini boleh digelar ‘kaki lari rumah’ kerana 10 kali menghilangkan diri sejak awal tahun ini, sekali gus mencetuskan kebimbangan keluarga. Jamilah Salleh, 45, berkata demi keselamatan dan masa depan anak keempat daripada lima beradik itu, dia tidak pernah berputus asa untuk mengesan anaknya, termasuk membuat laporan polis. Menurutnya, keluarganya bimbang keselamatan Fatihah, lebih-lebih lagi menyedari dia berkawan dengan seorang lelaki berusia 22 tahun yang juga penagih dadah.

Kes 3 : 14 September 2010, Utusan Malaysia - Tiga pelajar perempuan hilang

Nurul Ain Kamarazmi (kanan) dan kembarnya Nurul Ashiqin bersama teman sebaya, Suhaili Abd Razak (dua, kanan) ditemui bersama dua remaja lelaki berusia 19 tahun dan 20 tahun di Pulau Pinang,

KAMPAR 13 Sept. - Tiga pelajar perempuan tingkatan dua termasuk dua beradik kembar kini dilaporkan hilang selepas keluar ke pekan ini untuk membeli pakaian pada hari raya kedua, kelmarin. Nurulain Kamarazmi dan kembarnya, Nurulashiqin dari Taman Sentosa, Taman Bandar Baru di sini serta sahabat mereka, Suhaili Abd. Razak dari kuarters Jabatan Kerja Raya (JKR) di sini tidak pulang ke rumah masing-masing sejak Sabtu lalu. Ketiga-tiga mereka merupakan pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sentosa, Taman Bandar Baru. Kehilangan pelajar-pelajar perempuan terbabit telah dilaporkan oleh keluarga masing-masing di Balai Polis Kampar pada malam mereka tidak pulang ke rumah.



Menurut Pn. Azromihana Azmi melalui buku psikologi beliau bertajuk 52 SEBAB ANAK LARI DARI RUMAH, antara sebab berlakunya adalah :

1. Hubungan Suami Isteri Yang Tidak Memikirkan Tentang Zuriat
2. Penggunaan Bahasa Yang Tidak Betul
3. Kurang Berlemah Lembut Dengan Anak-Anak
4. Menegur Kesilapan Anak-Anak Dengan Maki Hamun
5. Kerap Berleter Akan Kesilapan Yang Dilakukan Anak-Anak
6. Nasihat Yang Sama Diterima Anak-Anak
7. Wujudnya Jurang Komunikasi Antara Ibubapa Dan Anak-Anak
8. Tiada Masa Senda Gurau Dengan Anak-Anak
9. Mungkir Janji Terhadap Anak-Anak
10. Mengabaikan Kebersihan Pakaian, Tempat dan Penampilan Diri
11. Tiada Tunjuk Ajar Adab Makan Dan Minum
12. Membiarkan Anak-Anak Mengambil Makanan Atau Minuman Yang Tidak Halal
13. Tidak Mempelbagaikan Sajian Makanan Kepada Anak-Anak
14. Kurang Memberikan Makanan Yang Berzat Dan Seimbang Kepada Anak-anak
15. Terlebih Memberikan Makanan Yang Berzat Dan Seimbang Kepada Anak-anak
16. Tidak Bersama Anak-Anak Ketika Mereka Makan
17. Suasana Yang Kurang Seronok Ketika Makan
18. Mengeluh Di Hadapan Anak-Anak
19. Menunjukkan Tingkah Laku Yang Tidak Baik Di Hadapan Anak-Anak
20. Sering Bertengkar Di Hadapan Anak-Anak
21. Menceritakan aib pasangan di hadapan anak-anak
22. Tidak Mewujudkan Kemesraan Terhadap Anak-anak
23. Menunjukkan Muka Yang Tidak Ceria Di Hadapan Anak-Anak
24. Tidak Menjadi Pendengar Yang Baik
25. Tidak Melayan Soal Jawab Atau Permasalahan Anak-Anak
26. Tidak Mempedulikan Buah Fikiran Anak-Anak
27. Lewat Memberikan Penghargaan Terhadap Anak-Anak
28. Berbeza Kasih Sayang Terhadap Anak-Anak
29. Kasih Sayang Kurang Dizahirkan
30. Anak-Anak Pergi Dan Pulang Ke Sekolah Tidak Diraikan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...