Thursday, August 19, 2010

PIJAK PERUT ISTERI HAMIL


Contohi lah pemimpin agung : Saidina Umar ibni al-Khattab

Kisah Saidina dengan isterinya :


Saidina Umar juga dikatakan pernah dibebel isterinya....

Satu hari ada seorang hamba Allah ni berniat nak mengadu pada Saidina Umar R.A selaku Khalifah islam yang paling garang akan perihal isterinya yang suka membebel padanya..,

tapi sebaik sahaja hendak berjumpa dengan Khalifah Islam yang paling garang dan digeruni musuh itu, hamba Allah itu tak jadi nak mengadu sebaliknya terus pulang..

Kenapa?

Takut Saidina Umar marah dia atau lempang dia kerana takut kat isteri sendiri?

Bukan!..,

Si hamba Allah itu patah balik tak jadi mengadu kerana sewaktu beliau hendak masuk berjumpa Saidina Umar yang garang itu, beliau sempat terdengar isteri Saidina Umar sedang membebel pada Khalifah islam yang paling garang dan digeruni musuh itu!

Ketika dia berpaling hendak pergi, tiba-tiba Saidina Umar memanggilnya dan bertanya,
“Apa hajat kamu datang ke mari?”
Si suami tadi menjawab,
“Aku datang hendak mengadu hal isteri aku, tapi aku lihat isterimu pun berkelakuan demikian terhadapmu.”
Saidina Umar tersenyum lalu berkata,
“Tidak patut kalau aku tidak sabar dengan kerenahnya. Bukankah dia telah memasak makanan untukku, membasuh pakaianku, menjaga anak-anakku dan dia tempat aku mendapat hajatku? Sabarlah, sesungguhnya keadaannya itu tidak lama (nanti akan baik sendiri).”
Baik sungguh!



Panduan : NORMALISASI MUQADDIMAH ZINA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...