Sunday, August 22, 2010

ANGKARA MERCUN


KOTA BHARU: Selasa, 24 Ogos 2010, Tindakan berani seorang murid prasekolah menyalakan mercun botol ditemui ketika bermain bersama adik perempuannya di kawasan rumah mereka membawa padah apabila dia melecur di muka akibat letupan mercun itu dalam kejadian di Kampung Bilut Banggul dekat sini, pagi semalam


KUALA TERENGGANU 22 Ogos 2010- Akibat bermain mercun bola, seorang murid tahun tiga cedera di mata kanan akibat terkena letupannya dalam satu kejadian di Batu Enam, Manir, dekat sini semalam.
Mangsa, Irwan Mustaffa Abu Bakar, 9, dipercayai bermain mercun tersebut seorang diri di hadapan rumahnya pada pukul 6.30 petang


ALOR SETAR 23 Ogos 2010: “Mercun yang dibaling kawan itu tidak meletup, tetapi sebaik saja saya mengutipnya, ia tiba-tiba meletup,” kata Muhammad Firdaus Yusuf, 8, yang parah apabila dua jari tangan kanannya hampir putus akibat terkena mercun bola di Kampung Kubang Besar, Pokok Sena, dekat sini, pagi kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Nawa, Pokok Sena itu parah di jari hantu dan jari manis serta tapak tangan kanannya.

Kanak-kanak maut, dua cedera parah rumah stor mercun meletup

KUALA TERENGGANU, 22 Ogos — Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua lagi cedera parah apabila sebuah rumah yang dipercayai dijadikan stor simpanan bunga api dan mercun meletup dalam satu kejadian di Kampung Seberang Baruh, Chabang Tiga di sini tengahari tadi.




Mangsa yang maut Khairul Arif Ayob, 6, pelajar Taman didikan Kanak-kanak (Tadika) Kampung Losong Atap Zin di sini, dikatakan tercampak setinggi 15 meter ke atas pokok yang berhampiran dengan rumah itu akibat letupan kuat tersebut kira-kira pukul 12.30 tengahari.

"Kaki seorang lelaki hampir hancur, selain mengalami kecederaan di bahagian badan manakala seorang lagi mangsa juga mengalami kecederaan parah di bahagian kaki,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Bagaimanapun idendititi kedua-dua lelaki berkenaan yang berumur 22 dan 23 tahun masih belum dikenalpasti. — Bernama

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...