Thursday, July 8, 2010

Sepanyol menang semi-final mengikut jangkaan Octopus


Sekarang Paul “Octopus oracle” Jerman kini terkenal diseluruh dunia kerana telah mempertahankan jangkaan tepat peluang pasukan Jerman di perlawanan bolasepak Piala Dunia 2010. Jangkaannya telah mengecewakan penyokong-penyokong Jerman.


Haiwan ini telah membuat jangkaan kesemua enam perlawanan Jerman dengan tepat. Lebih mengecewakan lagi drama tekaan ini disiarkan secara langsung di televisyen Jerman pada hari Selasa, pasukan Jerman sukar untuk menumpas Sepanyol. Pada hari Rabu pula, peramal bola sepak berkaki lapan itu telah meramalkan Carles Puyol, ketua pasukan sepanyol akan menghancurkan impian Jerman untuk menjuarai piala dunia kali keempat mereka.


Ramalan dibuat dimana kakitangan Sea Life akan menurunkan dua kotak berisi makanan ke dalam akuarium , satu mengandungi bendera Jerman dan satu lagi bendera Sepanyol. Kotak yang pertama dibuka oleh Paul diramalkan pemenang. Penyokong Jerman melahirkan rasa kurang senang apabila sotong yang mereka cintai meramalkan Sepanyol dijangka menang.



Menurut akhbar harian ‘Der Westent', melaporkan kebanyakan komen dilaman web Facebook, Twitter dan lain-lain jaringan sosial menyarankan agar Paul harus digoreng, dipanggang atau diubah menjadi salad atau seafood paella. Ada yang komen agar ia dilempar ke dalam tangki ikan yu.

Pada tahun 2008 jangkaan atau ramalan Octopus dalam keputusan perlawaanan Jerman di Kejuaraan Bolasepak Piala Eropah hanya 80 peratus adalah tepat.. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...