Saturday, July 10, 2010

Lokomotif kuasa wap - Warisan KTMB

SEJAK dua dekad lalu, lokomotif kuasa wap Kelas 56 buatan England yang dikenali sebagai 'Temerloh' berada di landasan Stesen Gemas. Apabila Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memutuskan untuk membawa lokomotif yang berusia 64 tahun itu ke Kuala Lumpur untuk tujuan baik pulih dan pengkomersialan.

Lokomotif ini pernah digunakan dalam filem Filem Police Story 3 lakonan Jackie Chan yang terkenal sekitar tahun 1990-an sebagai props dalam beberapa aksi filem yang berlangsung selama dua jam itu.Lokomotif ini juga telah digunaakan dalam babak filem  Paloh  untuk menghidupkan suasana zaman 1940-an. 

Kali terakhir lokomotif 'Temerloh' bergerak ialah pada tahun 1997 iaitu ketika ia digunakan untuk perkhidmatan Peninsula Ekspres.


Nostalgia pengangkutan kereta api menggunakan lokomotif kuasa wap atau stim yang pernah menjadi penggerak pengangkutan komoditi bijih timah negara yang bermula sejak 1 Jun 1885 akan dihidupkan semula. Seperti di Thailand dan Indonesia, KTMB akan mewujudkan perkhidmatan tren persiaran untuk pelancong dalam tempoh sedekad lagi. Inisiatif negara-negara berkenaan berjaya melonjakkan industri pelancongan mereka.

Setakat ini hanya satu lokomotif iaitu 'Temerloh' yang berpotensi untuk dibaik pulih manakala lima buah lokomotif lagi telah dijadikan bahan pameran di Muzium Negara, Kuala Lumpur (dua buah) dan masing-masing sebuah di Muzium Tentera, Stesen Butterworth dan Pekan, Pahang.

Buat masa ini, lokomotif itu akan ditempatkan di Akademi Latihan KTMB (MyRA) di Batu Gajah, Perak sebagai bahan pameran.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...