Monday, July 12, 2010

Impian Sepanyol menjadi kenyataan - Juara Piala Dunia 2010


Pemain tengah Xavi membuktikan impian Sepanyol menjadi kenyataan menjuarai Piala Dunia 2010 dengan mengalahkan Belanda 1-0 di Soccer City, Afrika Selatan menerusi jaringan Andres Iniesta pada minit ke-116 masa tambahan. Ini merupakan sejarah dimana Sepanyol, buat pertama kali menjuarai Piala Dunia sejak diperkenalkan.

Kedua-dua pasukan terikat 0-0 pada separuh masa pertama.

Tindakan pengadil England, Howard Webb melayangkan kad merah kepada pertahanan Belanda, John Heitinga pada minit ke-109 menjadi detik kejatuhan ‘The Flying Dutchman’.


Sepanyol telah menambah koleksi kejayaan yang sebelum ini merupakan Juara Eropah di Vienna dua tahun lepas.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...