Wednesday, June 30, 2010

Wang Syiling Emas Terbesar Di dunia


Pada tahun 2007, Royal Canadian Mint telah melancarkan wang syiling emas Negara Kanada bernilai satu juta Dollar Kanada (CA$1juta). Wang syiling ini merupakan duit syiling terbesar di dunia dan telah disenaraikan dalam Guinness Book of Records.

Permukaan depan menunjukkan imej Ratu Elizabeth 11, Ratu Britain. Manakala permukaan belakang pula mempapar daun maple. Wang syiling ini mempunyai berat sebanyak 100 kilogram (220 paun 7 aun), mempunyai diameter sepanjang 50 cm (19.6 inci) dan mempunyai ketebalan setebal 3 cm (1.1 in). Hanya terdapat lima keping wang syiling ini dicetak.




Pada hari Jumaat 25 Jun 2010, Rumah Lelong Dorotheum di Vienna, Austria telah melelong salah satu daripada lima wang syiling emas terbesar di dunia ini untuk euro 3.270.000 (USD 4 juta) . Perjualan ini dibuat disebabkan pemiliknya syarikat pengurusan pelaburan Austria, Auer von Welsbah (AvW) Invest telah diistiharkan muflis. Acara ini juga dibuat pada malam semperna lawatan Ratu Elizabeth dan Putera Philip ke Kanada. Tawaran ini telah dimenangi oleh syarikat perdagangan logam emas Oro Direct, Sepanyol.





Sumber : Yahoo News, AP, AFP & Reuters

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...