Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2010

Wang Syiling Emas Terbesar Di dunia

Pada tahun 2007, Royal Canadian Mint telah melancarkan wang syiling emas Negara Kanada bernilai satu juta Dollar Kanada (CA$1juta). Wang syiling ini merupakan duit syiling terbesar di dunia dan telah disenaraikan dalam Guinness Book of Records.

Semporna, Sabah - Bandar Mutiara

'Salamat Takka Ni Sampulna' - dalam bahasa Bajau tempatan bererti 'Selamat Datang Ke Semporna'. Selamat Datang ke Semporna. Setanding maksudnya dalam bahasa Melayu dan Bajau, ianya 'sungguh sempurna' sekali. Daerah Semporna terletak pada bahagian pantai timur Negeri Sabah , Malaysia. Ia mengandungi lebih 40 kepulauan yang indah dikelilingi oleh laut yang biru kehijau-hijauan. Semporna merupakan daerah terletaknya PULAU SIPADAN, MATAKING, MABUL dan KAPPALAI yang terkenal kepada pencinta samudera kerana kekayaan marin dan hasil lautnya. Lebihkurang 1 jam perjalanan udara daripada Bandaraya Kota Kinabalu dan anda akan sampai ke Lapangan Terbang Tawau. Dari situ, anda cuma perlukan 1 jam lagi untuk sampai ke daerah cantik ini. Di pekan Semporna, anda akan melihat percampuran pelbagai budaya, bahasa dan bangsa - Bajau, Suluk, Melayu, Cina, Kadazan dan 'Palauh' hidup harmoni sejak dahulu lagi. Mengikut sejarah, 'Tong Talun' adalah merupakan nam

Tanjung Simpang Mengayau - The Tips Of Borneo

Tanjung Simpang Mengayau atau lebih terkenal dengan gelaran sebagai "Tips Of Borneo". Terdapat satu unjuran batu atau tanjung menonjol ke laut yang menjadi titik pertemuan dua laut iaitu Laut China Selatan dan Laut Sulu. Ia terletak 170km dan lebih kurang 2jam 30minit perjalanan darat dari Kota Kinabalu. Tempat ini sama terkenal dengan Gunung Kinabalu di Sabah.

Tembok Penjara Pudu berusia 100 tahun diroboh malam ini

20 Jun 2010 – Tiba detik 10 malam esok, tembok Penjara Pudu di sini yang berusia 100 tahun, setinggi 4.5 meter dan sepanjang 394 meter yang menghadap Jalan Pudu akan dirobohkan.

Perkahwinan anak Alias Yusop

18 Jun 2010. Aku sekeluarga pergi ke majlis perkahwinan anak kedua Alais Yusop di Jalan Gombak. Rumah beliau di kampung belakang Pasar Besar Gombak. Saya konvoi bersama Sholihin Abdullah. Di rumah Alias, kami jumpa Roslan Ali sekeluarga. Selepas makan nasi beryani, kami pun pulang.

Menikmati Masakan Indonesia - Ikan Gurame

07-10 Jun 2010 . Kami sekeluarga melancong ke Jarkarta dan Bandung pada cuti sekolah baru-baru ini. Sepanjang kami di Indonesia, kami dihidangkan masakan ikan Gurame. Kebanyakan masakan adalah Ikan Gurame Goreng Kering. Gurame merupakan jenis ikan air tawar, bentuk badan pipih lebar, bahagian ekor berwarna merah sawo dan bahagian perut berwarna kekuningkuningan/keperak-perakan. Ikan gurameberasal dari perairan daerah Sunda (Jawa Barat, Indonesia), dan menyebar ke Malaysia, Thailand, Sri Langka dan Australia. Pertumbuhan ikan gurame agak lambat dibanding ikan air tawar jenis lain. Di Indonesia, orang Jawa menyebutnya gurami, Gurameh, orang Sumatra ikan kalau, kala, kalui, sedangkan di Kalimantan disebut Kalui. Orang Inggris menyebutnya Giant Gouramy , kerana ukurannya yang besar boleh mencapai berat sehingga 5 kg. Restoran di perjalanan ke Tangkuban Perahu. Restoran Parit 9, Bandung Restoran Sederhana, Tempat Rehat Lebuhraya Jakarta-Bandung

TANGKUBAN PERAHU - LAGENDA BANDUNG

10 Jun 2010 . Selepas sarapan pagi di Hotel Guci, kami check-out. Kemudian kami dibawa ke Taman Wasita Alam, Tangkuban Parahu iaitu sebuah tempat pelancongan di Bandung. Setiap pelancong yang datang ke Kota Bandung pasti akan dibawa ke tempat ini. Tangkuban Parahu terletak kira-kira 30km dari Kota Bandung. Ia merupakan sebuah kawasan bekas gunung berapi. Tempat ini mempunyai cerita mitosnya yang tersendiri. Nama tangkuban parahu diambil daripada kisah sebuah perahu yang ditendang hingga perahu itu terbalik oleh Sangkuriang yang marah kerana hajatnya tidak kesampaian mengahwini Dayang Sumbi. Kawasan ini, cuaca nya lebih kurang Cameron Highlang di Pahang atau Kundasan di Sabah. Kelihatan kebun-kebun sayur, pokok-pokok strawberry. Dalam perjalanan ke tempat ini, kami singgah di sebuah gerai yang menjual tauhu goreng. Tauhu gorengnya sedap, sebab baru goreng dan panas. Sambil itu juga, kami beli strawberry dan blue berry . Apabila sampai dipuncak, kelihatan sudah ramai pengunjun

MEMBELI-BELAH DI BANDUNG

8 Jun 2010. Setiba di Kota Bandung, kami dibawa ke Gedung membeli-belah Champelas Jean Center. Ini sini terkenal dengan seluar jean, t-shirt. Selepas itu kami dibawa ke Rumah Batik Danar Hadi Solo. Lepas itu ke Gedung Kasut Donatello. Kemudian kami dibawa makan malam seafood di Restoran Parit 9. Selepas makan malam, kami check-in di Hotel Guci untuk penginapan. Esoknya, selepas sarapan dan melawat Tangkuban Perahu, kami dibawa ke Pasar Baru, sebuah pasaraya terbesar dan terkenal di Bandung

Monumen Nasional Jakarta (MONAS)

08 Jun 2010 . Selepas bersarapan pagi di Hotel Triniti, kami check-out. Dari hotel kami pergi melawat Monumen Nasional ( Monas ), yang terletak di Dataran Merdeka, di tengah Bandaraya Jakarta, lokasi pertama kami. Monas merupakan landmark bagi bandaraya Jakarta. Monas atau Tugu Monas dirasmikan oleh Presiden Soeharto pada 12 Julai 1975. Bentuk Tugu peringatan yang satu ini sangat unik. Menara Monas diperbuat dari marmer yang berbentuk alu lesong, tingginya 132 meter. Di puncak Monumen Nasional terdapat cawan yang berbentuk nyala obor yang beratnya mencapai 14,5 ton dan dilapisi emas 35 Kilogram. Lidah api atau obor ini sebagai simbol perjuangan rakyat Indonesia yang ingin meraih kemerdekaan. Pelataran puncak dengan luas 11x11 dapat menampung sebanyak 50 pengunjung. Dari pelataran puncak tugu Monas, pengunjung dapat menikmati pemandangan seluruh penjuru kota Jakarta. Arah ke selatan berdiri dengan kukuh dari kejauhan Gunung Salak di wilayah kabupaten Bogor, Jawa Barat, ara

Melancong ke Jakarta dan Bandung, Indonesia

Hari Pertama (07 Jun 2010) . Kami sekeluarga pergi melancong bawah pakej Jakarta-Bandung 4H3M kelolaan Agen Pelancongan Sensa Resources bermula hari Isnin 7 Jun 2010 hingga hari Khamis 10 Jun 2010. Sepatutnya kami menaiki pesawat MH723 jam 16.30 tetapi dibatalkan dan ditukarkan ke MH725, sebuah pesawat Airbus. Kami berangkat dari KLIA pada jam 17,55 dan lebih kurang 1 jam 40 minit kami tiba Lapangan Terbang Soekarno-Hatta (Jakarta Airport). Sejam juga kami hendak lepasi pemeriksaan imigrisen Indonesia. Selepas itu, kami tercari-cari wakil agen, lebih kurang 20 minit juga, baru kami ke temu wakil agen kami di Jakarta iaitu Bapak Dudung Abd Sukor bersama pemandu (kakaknya) Raino. Kami dibawa menaiki van Kia Pergio ke Restoran Bukit Randu, Bandara untuk menikmati makan malam. Selepas makan, kami dibawa terus ke tempat penginapan di Hotel Triniti lebih kurang 30minit perjalanan dari restoran tersebut. Hari kedua (08 Jun 2010), selepas sarapan, kami pun check-out dan pergi melawat Monume

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang

05 Jun 2010. Hari ini adalah hari pertama cuti sekolah penggal kedua. Aku bawa keluarga melancong ke Colmar Tropicale, Bukit Tinggi. Kami bermalam di disana. Kami bertolak dari rumah pada jam lebih kurang 10.30pagi. Sepanjang perjalanan ada beberapa tempat sesak. Maklumlah cuti sekolah, lebih-lebih lagi mereka yang berasal dari pantai timur, pahang, terengganu dan kelantan, berduyung-duyunglah menyusur jam tersebut. Nasib baik bukan sepanjang jalan kami hanya sampai beberapa kilometer dari tol Gombak-Karak. Kira-kira jam 12 tengahari, kami sampai di Tempat Rehat Genting Sempah, kami menikmati makan tengahari. Kami meneruskan perjalanan, pada jam 1,40petang kami tiba di Colmar Tropicale, destinasi tujuan kami. Kami telah membuat tempah sebulan yang lalu, kami tidak risau tentang bilik penginapan. Semasa kami mendaftar di kaunter pendaftaran, bilik yang kami tempah itu ada tetapi belum lagi dikemaskan. Sementara kami menunggu, kami pergi menaiki coaster ke Rabbit Farm. Lebih kurang sete