Friday, April 23, 2010

Sultan Selangor rasmi Masjid Taman Cheras Jaya



23 April 2010, Masjid Taman Cheras Jaya telah dirasmikan oleh Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharifuddin Idris Shah. Masjid ini telah dibina bermula pada 13 Disember 2004 dan siap sepenuhnya pada 24 Ogos 2006. Projek ini menelan belanja sebanyak RM 5,331, 684.28. Penyerahan masjid ini kepada pegawai dan jawatankuasa telah berlansubg pada 23 September 2006 di Bilik Mesyuarat, Masjid. Dengan perasmian ini, masjid telah dinamakan sebagai Masjid Taman Cheras Jaya.



"Tujuh Golongan orang dilindungi oleh Allah dalam naungannya pada hari tidak ada naungan kecuali naungannya iaitu orang yang hatinya sentiasa terpaut kepada masjid."(Hadis Riwayat Bukhari)


Seluruh penduduk di Taman Cheras Jaya, Batu 11, Cheras, Hulu Langat merakamkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor yang telah berusaha untuk mendirikan sebuah masjid baru mengantikan masjid lama didirikan sebelum ini. Semoga masjid ini memberi satu suntikan baru kepada seluruh penduduk kariah ini terus bersatu padu, berkerjasama dan membina kekuatan akidah dan ummah.

2 comments:

Yani said...

handsomenya encik non... 2 tahun lagi kiter berjiran kot encik non... saya beli umah kat taman sutera tu

Yani said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...